Friday, October 16, 2009

Cabaran Pertama Skuad Elite DARA (SEDARA)

Pada 04 Oktober 2009 , bertempat di base 9W2DCT ( Pak Nan ) , Skuad Elite DARA ( Dabong Amateur Radio Association) telah menjalankan projek pemasangan antena 4 telinga (4-Stack Dipole ) atau juga dikenali sebagai Penyangkut Baju .




Inilah dia Antena 4-Stack Dipole (yang ori)

Projek dimulakan pada jam 1100 , dimana 4 stesen dari Skuad DARA bersama Pak Nan ( 9W2DCT) memulakan tugas menebuk dan mengukur batang besi yang akan di gunakan sebagai 'stand'. Mereka ialah Sifu Ayub (9W2YUB) , Orang Elektrik Pak Iji (SWLIJI) , Pendaki Profesional Pak Oni (SWLONI ) dan Pemandu Profesianal 4 X 4 Pak Shid (SWLRHK) . Tidak berapa lama kemudian , Jurutera Teknikal , Pak Nayri (9W2NYR) datang bersama SWR meternya bagi memastikan tiada kesilapan teknikal berlaku.





Keterangan gambar
(dari kiri ke kanan)
  1. Pak Nan tengah ukur jarak yang sesuai bagi memastikan pemasangan adalah betul.
  2. Antena yang dah siap dipasang.
  3. Antena dibawa ke lokasi pemasangan.
  4. Salah satu sambungan 'anak jin', disambung 4 'anak jin' maka jadilah 'bapak jin'.
Akhirnya lebih kurang jam 1400 , peringkat pertama antena 4-Stack Dipole berjaya disudahkan. Setelah itu , Skuad DARA pun bersiap - sedia untuk melaksanakan peringkat kedua yang agak mencabar kewibawaan pasukan.





Keterangan gambar (dari kiri ke kanan)
  1. Pak Iji , Pak Shid dan Pak Yub tengah 'set-up' tapak untuk pemasangan.
  2. Pak Oni sedang pasang 'staging' bagi mudahkan kerja memasang antena.
  3. Pak Nayri (Kiri) membantu Pak Oni pasang 'staging'
  4. Tukang pegang , Pak Iji ( tak berbaju) , sambil diperhatikan oleh rakan-rakan.

Pada masa yang sama , kurang lebih jam 1600 , saya (9W2TNY - Bang Katini) sampai di base Pak Nan dari Portable Base di Bukit Abu , bagi membantu Skuad DARA melaksanakan tugasan yang diberi. Hajatnya nak 'menyibuk' saja , tapi akhirnya terpaksa di 'sibukkan'.......apa taknya....bila sampai saja di base 9W2DCT , saya terus diberi tugasan di awangan biru bersama Pak Oni dan Pak Nan.





Keterangan gambar (dari kiri ke kanan)
  1. Tu dia tukang sibuk yang kena 'dera'....tu lah duduk rumah elok-elok nak datang sini.
  2. Yang kat atas tu Pak Oni (kiri) (SWL ONI) sebelahnya Bang Katini (tukang sibuk) bersama tuan rumah Pak Nan (9W2 DCT ).
  3. Berehat jap....."letih jugak pasang 'bapak jin' ni" kata tukang sibuk (dalam hati ) (9W2 TNY) tapi kawan-kawan punya pasal, syok pun ada.
  4. Turut membantu:Dari kiri :- Pak Shid 'Bussinesman' (SWL RHK) ,Pak Yub 'Sifu' (9W2 YUB) dan 'Technical Man' Pak Nayri (9W2 NYR).
Setelah berpenat lelah hampir 6 jam iaitu kira kira jam 1930, akhirnya keseluruhan 4-Stack Dipole berjaya dipasang pada ketinggian keseluruhan hampir 80 kaki tinggi ( 60 kaki tiang + 20 kaki 4-Stack Dipole ). Keletihan amat terasa pada setiap anggota Skuad DARA, Pak Nan dan Pak Nayri .





Keterangan gambar (dari kiri ke kanan)
  1. Sampai malam Skuad DARA buat keja.....siap lampu suluh lagi.
  2. Tengoklah muka-muka yang keletihan....yg tengah tu Pak Nan ,sebelah kiri lah Bang Katini dan yang sebelah kanan Pak Yub
  3. Tak puas hati punya pasal, lepas buat yang wajib Pak Nan cuba memancar sekali lagi......masa tu dah tak ingat nak makan, walhal dari tengah hari belum makan. Seronok ber QSO punya pasal.
  4. Ini lah dia 4-Stack Dipole @ Bapak Jin , yang dah siap dipasang........
Walaubagaimanapun , keletihan terubat dan berganti kepuasan apabila antena diuji pancar oleh Pak Nan. Pancaran di V18 disambut baik oleh rakan - rakan ham di Temerloh yang membantu memberi 'Signal Report' . Antara rakan yang memberi 'signal report' ialah 9W2RZL ( bang Rizal) yang memberi laporan 4/8 . Selepas itu , ujian demi ujian audio dijalankan oleh Pak Nan .
Kebanyakkan repeater dan simplex berjaya di capai oleh Pak Nan , walaupun 'window' masih belum di 'A' 'just' kan lagi.
Kunjung Mengunjung Amalan Mulia...Sila Klik untuk Menjenguk Rakan-Rakan HAM Anda

Solar Data/Propagation