Wednesday, February 24, 2010

AL-FATIHAH BUAT ARWAH 9W2YEY (Silent Key)

Satu khabar sedih menyelubungi warga radio amatur Pantai Timur khususnya Warga PRAGA Gua Musang bahawa Sdr. Nazari bin Che Daud (9W2YEY) telah kembali keRahmatullah pagi ini (24 Februari 2010) jam 7.05 pagi di Hospital Kuala Krai. Satu kehilangan yang amat dirasai oleh warga PRAGA.

Beliau diberitakan tidak sedarkan diri pagi kelmarin (23/2/2010) lebih kurang jam 10.15 pagi dan dimasukkan ke hospital Wad ICU Gua Musang. Memandangkan keadaan beliau yang tidak stabil akhirnya beliau dipindahkan ke Hospital Kuala Krai pada sebelah petangnya. Pada malam harinya, arwah dilapurkan sedar dan sempat berbual dengan XYLnya namun ALLAH lebih menyayangi beliau.Beliau pergi meninggalkan keluarga dan rakan-rakan pagi tadi.


Arwah sedang berucap dalam satu sessi anjuran Kelab PRAGA

..... AL-FATIHAH......
"Semoga rohnya di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin"

Wednesday, February 10, 2010

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN RAE2009-2 DAH KELUAR

Kepada rakan-rakan yang telah mengambil RAE pada 16-12-09 , boleh lah mendapatkan keputusan nya disini




Tahniah kepada yang berjaya dan cuba lagi pada yang kurang bernasib baik.

9W2TNY
QRT. 73.

Thursday, February 4, 2010

CARA MENCARI FREKUENSI SIMPLEX (V16 - V69)


Sedikit maklumat buat rakan-rakan Ham terutamanya bagi rakan-rakan SWL. Di bawah ini adalah cara-cara mencari frekuensi simplex.

1. V16 SEHINGGA V47

Simplex V16 sehingga V47 menggunakan 145MHz sebelum titik perpuluhan (Desimel).
Oleh itu kita hanya perlu mencari MHz selepas titik perpuluhan (Desimel).
Formulanya 12.5 DARAB dengan V Channel.

Contoh 1:
V16 12.5 x 16 = 200
Oleh itu Frekuensi V16 ialah 145.2000

Contoh 2:
V2712.5 x 27 = 337.5
Oleh itu Frekuensi V27 ialah 145.33752.



Contoh 2:
V2712.5 x 27 = 337.5
Oleh itu Frekuensi V27 ialah 145.33752.



2. V48 SEHINGGA V63

Simplex V48 sehingga V63 menggunakan 146MHz sebelum titik perpuluhan (Desimel).

Formulanya 12.5 DARAB dengan V Channel TOLAK 200

Contoh 1:
V50 12.5 x 50 = 625 TOLAK 200 = 425
Oleh itu Frekuensi V50 ialah 146.4250

Contoh 2:
V63 12.5 x 63 = 787.5 TOLAK 200 = 587.5
Oleh itu Frekuensi V63 ialah 146.5875



3. V64 SEHINGGA V69

Simplex V64 sehingga V69 menggunakan 147MHz sebelum titik perpuluhan (Desimel).

Formulanya : V64 147.4350 TAMBAH 300 (bagi setiap pertambahan V channel)

Contoh 1:
V65 147.4350 + 300 = 147.4650
Oleh itu Frekuensi V65 ialah 147.4650

Contoh 2:
V69 147.4350 + (300 x 5) = 147.4350 + 1500 = 147.5850
Oleh itu Frekuensi V69 ialah 147.5850



Nota:Oleh kerana selepas titik perpuluhan (Desimel) ada 4 nombor maka jika 3 nomber, ditambah dengan 0 sahaja untuk mencukupkan 4 nombor.

9W2 TNY

Monday, February 1, 2010

AA BERTUKAR WAJAH

Maklumat ini dari 9W2CRE dalam SPHam Radio ;

Kepada semua rakan-rakan yg mempunyai AA dimaklumkan AA sudah bertukar wajah. Kepada rakan-rakan yg ingin menukar AA yg lama kepada baru boleh terus ke pejabat MCMC ataupun rakan-rakan Sg. Petani boleh kirimkan kepada 9w2doz. Bayaran untuk penukaran AA ialah sebanyak RM10.00 dan gambar (tak pasti berapa keping). Kalau tak bawa gambar jadi macam saya kena laminit sendiri.

AA baru ini mempunyai dua bahagian:-



Bahagian 1 untuk digantung di base.




Bahagian 2 boleh simpan dlm poket sebab saiz dia kecil sebesar saiz lesen memandu
Kunjung Mengunjung Amalan Mulia...Sila Klik untuk Menjenguk Rakan-Rakan HAM Anda

Solar Data/Propagation