Monday, March 22, 2010

Semakan Pemohonan Menduduki Peperiksaan Radio Amatur Siri Pertama Tahun 2010 (RAE2010-1)



Makluman kepada rakan-rakan yang memohon untuk menduduki RAE 2010-1.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sukacita memaklumkan bahawa keputusan bagi permohonan untuk menduduki peperiksaan Radio Amatur Siri Pertama Tahun 2010 (RAE2010-1) kini boleh menyemak status permohonan mereka secara atas talian (on-line).

Klik pautan di bawah ini;

http://rae.skmm.gov.my/semak.asp

Sunday, March 14, 2010

Repeater Dabong (D.A.R.A)

Harap maklum pada semua rakan-rakan, repeater Dabong ( percubaan) telah di alihkan dari Bukit To'hu ke Bukit Dabong atas masalah teknikal. Frekuensi tetap sama seperti yang tertera.

Saturday, March 6, 2010

Tahniah ! Tahniah ! Tahniah !

Tahniah buat rakan-rakan atas kejayaan menaikkan repeater di 'Bukit Tok Hu ' berhampiran Bukit Abu, Dabong. Ketinggian repeater kini berada 450m dari paras laut .

Rakan- rakan yang terlibat menaikkan repeater Dabong (percubaan) adalah 9W2 NMR , MLO , MJM , SST , YUB , KJP , BTG dan TNY .




Kecerian terpancar walaupun agak keletihan memandangkan repeater Dabong ( D.A.R.A) dapat dicapai sehingga kekawasan Jerteh , Trengganu selain dari kawasan -kawasan di negeri Kelantan seperti Gua Musang , Kuala Krai , Jeli dan Kota Bahru . Walaubagaimanapun , repeater ini masih di peringkat percubaan memandangkan masih banyak lagi yang perlu di baikpulih dan di 'upgrade'kan .

Tahniah dan terimakasih buat semua rakan-rakan yang berusaha menjayakan 'projek' kali ini.

Tuesday, March 2, 2010

" Sayap" Baru



Tahniah buat rakan-rakan yang telah lulus dan memperolehi AA atau "sayap" masing-masing.

Rakan-rakan yang telah mendapatkan "sayap" masing ialah ;

Rakan Dabong






Rakan Gua Musang




Tahniah buat semua.

" Terbanglah setinggi mana yang anda mahu
tapi ingat
janganlah sesekali lupa dimana sarangmu "
Kunjung Mengunjung Amalan Mulia...Sila Klik untuk Menjenguk Rakan-Rakan HAM Anda

Solar Data/Propagation