Tuesday, November 24, 2009

BANJIR MELANDA BUAT KALI KEDUA DI LOKALAN DABONG

Fuhhhhhh...nasib baik 'teman' tengah kursus di Ipoh, kalau 'teman' di kelantan...alamatnyer tak boleh keluar ler....apataknyer....banjir dah melanda Pantai Timur...

Menurut info rakan-rakan , banjir mula melanda lokalan Dabong ( Kuala Gris dan Bukit Abu ) sejak 21 - 11 - 2009. Agak teruk juga banjir kali ini, tapi keadaan mungkin bertambah serius menjelang Aidil Adha akan datang....ni baru 'second wave'...maybe lepas raya ada lagi.





Beginilah keadaan banjir di Lokalan Bukit Abu , Kuala Gris
dan Dabong ( setakat 22 -11 - 09 )

Terimakasih buat rakan-rakan HAM di Dabong , Kuala Gris dan Bukit Abu yang banyak memberi info dan membantu kepada yang memerlukan berkenaan keadaan semasa di Dabong. Di harapkan keadaan di sana akan bertambah baik secepat mungkin.

Sekian dulu setakat ini.....73

Sunday, November 15, 2009

Eyeball dengan rakan-rakan PARTS

Awal pagi 'eyebal' dengan rakan-rakan Taiping, tengah hari pulak 'teman' eyeball ngan rakan-rakan PARTS. Tu la...kata orang kalau setakat mesra di udara kalau tak mesra di daratan, macam makan nasi tak berlauk......kenyang tetap kenyang tapi tak puas...nak telan pun susah.

Jadi pada 15-11-2009 , QTR 1130 saya pun ber mobile ke Wakaf PARTS di 562 , Lorong Silibin, Ipoh.


Wakaf PARTS di Lorong Silibin

Sempatlah juga bersama rakan-rakan di daratan antaranya 9W2 HBC ( Anip) ,
9W2 AEK ( Asrul) , 9M2 ZAE ( Abg Zainal ) , 9W2 SLJ ( Lepas ni dah 9M2 ) Pak Lop ,
9W2 TOR ( Cikgu Nik ) , 9W2 SHB ( Abg Salim ) dan beberapa rakan lain termasuklah rakan-rakan SWL yang hadir untuk kelas RAE kendalian Pak Lop.



Antara rakan-rakan yang hadir di Wakaf PARTS , Bang Zainal , Pak Lop , Bang Salim ,
Bang Anip dan rakan-rakan lain ( Maafle ye tak QSL le plak )






Mobile shop milik 9W2OCD di Wakaf PARTS



Rakan-rakan menguji skill menembak di Wakaf PARTS
(AMARAN : Jangan lakukan di rumah anda tanpa pengawasan orang yang bertauliah)
(Nota: Latihan menembak menggunakan senjata stimulasi )



Selepas habis kelas RAE di Wakaf PARTS , saya dan rakan-rakan ber'tango-tango' di Restoren Nasi Kandar....dah lapor, masa tu pun dah pukul 3.30 petang dah. Pukul 4.30 baru 'gerak' QRT dengan rakan-rakan dan saya bermobile ke tempat yang nak dituju di Ipoh.

Terima kasih buat semua rakan-rakan PARTS yang hadir dan ber'eyeball'.....QRT 73 clear

Eyeball dengan rakan-rakan Taiping

Pada QTR 2300 , 14-11-2009 satu eyeball tak rasmi diadakan di Wan Seafood Taiping...diinfokan rakan-rakan Taiping ni selalu ber'eyeball' pada malam minggu....tu yang 'teman' join sekali tu. Antara yang hadir pada hari tu adalah 9W2 ONK , 9W2 VSO , 9W2 A0C ,
9W2 VLL , 9W2 RBP , 9w2 RMX , 9W2 VZO , 9W2 ZIS , 9W2 OPT dan beberapa rakan lain lagi.



Gambar 1) 9W2ONK - Ongah sedang bercerita ngan 9W2VLL (Khairul) sambil pekena
rambutan yang dibawa oleh tok janggut.
Gambar2) Berkongsi cerita antara rakan-rakan . Dari kiri 9W2RBP (Amran) , Tok janggut ,
9W2ZIS (Cikgu Azis) dan rakan-rakan lain.





Gambar 1) 9W2RMX ( Pak Ramizan) dan 9W2AOC ( Abang Harun) ....orang kuat Taiping (V20)
Gambar2) 9W2JBT ( Bang Jebat) dan Pak ramizan berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan lain

Eyeball malam ni di iringi dengan hujan lebat namun pada warga Taiping , hujan tu dah jadi lumrah...bak kata pak Ramizan ..."Taiping kalau tak hujan 3 hari...dah orghang dah kata kemarau dah ". Punya ler ber QSO , sedar-sedar rupanya dah QTR 3.00 15-11-2009 , so akhirnya semua rakan-rakan pun mengambil keputusan untuk bersurai. Terimakasih pada rakan-rakan yang sudi ber'eyeball' dengan saya (9w2TNY-Katini)...ada masa dan ketika kita berjumpa lagi. 73

Thursday, November 12, 2009

AMARAN CUACA OLEH JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

Jabatan Meteorologi Malaysia
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

Thunderstorms Warning ( IDM20007 )
1:15 petang, 11hb Nov 2009

JMM-PRC(O)-LK-04

Our Ref: ( JMM.RML06/701/10JLD62(31) )

NASIHAT HUJAN LEBAT/RIBUT PETIR (PERINGKAT KUNING)


Dikeluarkan pada: 1.15 petang 11/11/2009

I) NASIHAT RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)

Dikeluarkan pada: 12.00 tengahari 11/11/2009

Ribut petir dan hujan lebat serta angin kencang dijangka turun di Perlis dan Kedah (Daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Yan, Pendang, Sik, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu) untuk petang dan malam ini, Rabu 11 November 2009.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir kilat di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah berdekatan tebing-tebing sungai.

II) NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)

Dikeluarkan pada: 1.15 petang 11/11/2009

Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat dijangka turun di Kelantan (Daerah Tumpat, Kota Bahru, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang), Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Daerah Kuantan, Jerantut, Pekan, Rompin dan Maran) bermula pagi Ahad, 15 November 2009 hingga Khamis, 19 November 2009.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah berdekatan tebing-tebing sungai.



Issued by
Malaysian Meteorological Department
Ministry of Science, Technology & Innovation
11/11/2009

PENINGKATAN PARAS AIR DI KUALA GRIS DAN BUKIT ABU

Selepas hujan selama 3 hari tanpa henti, bermula 4 November , paras air mula meningkat di sungai Dabong. Akibat dari limpahan air yang terlalu banyak , akhir kampung Kuala Gris dan Bukit Abu di dalam kawasan Dabong mula dinaiki air. Begitu juga dengan kawasan di sekitar Kemubu. Namun banjir kali ini tidaklah sebesar mana....cuma sebagai permulaan sahaja. Kesan kenaikan air dapat di lihat seperti gambar di bawah ;



Antara kesan - kesan yang kelihatan ( banyak lagi gambar akan di upload selepas ini )

AlhamduliLLAH...air naik tak lama....namun kene siap sedia untuk gelombang kedua. Dalam keadaan begini , info dari rakan-rakan Ham amat diperlukan . Antara rakan-rakan yang selalu memberi info ialah 9W2 YUB, SOF,IJI,SJO,KIY,Pak Dir dan ramai lagi. Terima kasih pada semua rakan-rakan Ham....terutamanya rakan SEDARA. Khidmat dan sumbangan rakan-rakan amatlah di hargai

Thursday, November 5, 2009

EYEBALL SELEPAS RAYA BERSAMA RAKAN HAM GUA MUSANG

Majlis eyeball selepas Hari Raya Aidilfitri di adakan di Restoran Mekar Wangi kepunyaan 9W2RMW (Abe Din) pada 27 September 2009. Ramai rakan-rakan yang hadir pada hari tersebut antaranya


Rakan Lokalan Dabong 9W2TNY, 9W2YUB , 9W2BFL , SWLIJI , SWLKUB , SWLONI , SWLKKR dan

Rakan Lokalan Gua Musang 9W2TTQ , 9W2XGM , 9W2RMW , 9W2YGM , SWLMTM SWLMRS .

Turut hadir pada hari tersebut bagi memeriahkan majlis eyeball adalah rakan dari Pengkalan Kubur iaitu 9W2ZZD atau lebih dikenali sebagai Abe Zack yang kebetulan bermobil melalui Gua Musang.

SWLKKR Pak Dir , 9W2ZZD Abe Zack , 9W2TTQ Abe Fendi ,

9W2BFL Pok Le (Roslan), Sifu Ayub (9W2YUB) dan SWLONI Pak Noni

sedang ber QSO sambil ber ‘tango-tango’

SWLIJI Pak Iji (disebelah kiri tempat duduk kosong) bersama

9W2XGM Abe Mat dan Agai (SWLMRS)

mendengar cerita rakan-rakan lain

Ini dia Abe Zack (9W2ZZD) dari Pengkalan Kubur ,Kelantan.



Selepas habis eyeball di RMW , saya dan rakan-rakan satu jalopy bertolak ke base Pak Nan (9W2DCT) di Chiku Tiga . Sampai di sana lebih kurang jam 2230 dan sempatlah ber ‘tango-tango’ ngan Pak Ne (Nan) di Kedai Kain Batik

Pak Iji , Pak Nan dan saya 9W2TNY Abe Katini ber ‘tango-tango’ dengan rakan.

SWLKUB tengah syok dengar cerita Pak Ne.

Terima kasih pada semua rakan-rakan yang ber ‘eyeball’ dan ucapan Selamat Hari Raya pada semua

Maaf Zahir Dan Batin

Dari hujung Antenna sampai ke hujung PTT

Dari hujung topi sampai ke hujung boot.

73 Bye-bye.


EYEBALL RAYA BERSAMA RAKAN SUNGAI PETANI

Sempena Hari Raya Aidilfitri 2009, satu majlis eyeball raya telah diadakan
di Restoran Makbul, Sg Petani ,Kedah. Eyeball diadakan pada 21-09-2009 jam 2100.





9W2TMD Cikgu Mazli (paling kiri )
bersama rakan-rakan ham SP


Sape tak kenal hensem 'guy' ni
9W2OSP Bang Sam



Dari tingkat bawah kitaorang lari ke tingkat atas sebab
dah QRL sangat. Yang berkopiah tu lah
Ustaz Ghani (9W2GNY)



9W2CRC Abang Hafizi(berdiri) tengah tengok order....
sapa-sapa nak order stiker,jumpalah ngan dia



Yang pakai cermin mata tengah senyum tu lah saya
9W2TNY (Katini) XYM yang bermisai
bukan YL......sorry

Terima kasih pada semua rakan-rakan radio ham Sg Petani yang sudi mengadakan majlis eyeball Hari Raya Aidilfitri.


Selamat Hari Raya.
Berhati-hati semasa bermobile.


Kunjung Mengunjung Amalan Mulia...Sila Klik untuk Menjenguk Rakan-Rakan HAM Anda

Solar Data/Propagation