Thursday, November 12, 2009

AMARAN CUACA OLEH JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

Jabatan Meteorologi Malaysia
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

Thunderstorms Warning ( IDM20007 )
1:15 petang, 11hb Nov 2009

JMM-PRC(O)-LK-04

Our Ref: ( JMM.RML06/701/10JLD62(31) )

NASIHAT HUJAN LEBAT/RIBUT PETIR (PERINGKAT KUNING)


Dikeluarkan pada: 1.15 petang 11/11/2009

I) NASIHAT RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)

Dikeluarkan pada: 12.00 tengahari 11/11/2009

Ribut petir dan hujan lebat serta angin kencang dijangka turun di Perlis dan Kedah (Daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Yan, Pendang, Sik, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu) untuk petang dan malam ini, Rabu 11 November 2009.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir kilat di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah berdekatan tebing-tebing sungai.

II) NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)

Dikeluarkan pada: 1.15 petang 11/11/2009

Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat dijangka turun di Kelantan (Daerah Tumpat, Kota Bahru, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang), Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Daerah Kuantan, Jerantut, Pekan, Rompin dan Maran) bermula pagi Ahad, 15 November 2009 hingga Khamis, 19 November 2009.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah berdekatan tebing-tebing sungai.



Issued by
Malaysian Meteorological Department
Ministry of Science, Technology & Innovation
11/11/2009

No comments:

Post a Comment

Kunjung Mengunjung Amalan Mulia...Sila Klik untuk Menjenguk Rakan-Rakan HAM Anda

Solar Data/Propagation