Sunday, June 27, 2010

Repeater baru D.A.R.A

Baru-baru ni Skuad elite D.A.R.A telah menaikkan repeater baru di Bukit Setia bg menggantikan repeater di Dabong yang sering mengalami kerosakkan. AlhamduliLLAH , repeater ni berfungsi dengan baik dan dapat mencapai sehingga ke Gua Musang , Kota Bahru malahan di Besut walau hanya memancar dengan antena mobil.





Yang kiri tu Tx yang kanan pula Rx... terbalik dari yang orang lain pasang... tapi
hasilnya cukup memuaskan..

Walaumacamana pun repeater di Dabong masih lg berfungsi cuma capaian repeater Dabong cuma disekitar kawasan Kuala Balah dan Dabong saja.

Frekuensi repeater percubaan milik PRAGA ni adalah Uplink 147.900 , Downlink 147.300, tone 107.2 dan dinamakan sebagai Repeater Setia .

Repeater untuk semua dan diharapkan semua rakan dapat menggunakan dengan penuh berhemah.... jangan gunakan untuk "mamah" ( kutuk mengutuk)..jagalah etika semasa QSO dan hormatilah rakan-rakan yang lain... barulah Rakan Ham Malaysia dihormati rakan Ham negara lain....

Jumpa lagi............................

QRT. 73.

No comments:

Post a Comment

Kunjung Mengunjung Amalan Mulia...Sila Klik untuk Menjenguk Rakan-Rakan HAM Anda

Solar Data/Propagation