Tuesday, November 24, 2009
BANJIR MELANDA BUAT KALI KEDUA DI LOKALAN DABONG
Menurut info rakan-rakan , banjir mula melanda lokalan Dabong ( Kuala Gris dan Bukit Abu ) sejak 21 - 11 - 2009. Agak teruk juga banjir kali ini, tapi keadaan mungkin bertambah serius menjelang Aidil Adha akan datang....ni baru 'second wave'...maybe lepas raya ada lagi.
Terimakasih buat rakan-rakan HAM di Dabong , Kuala Gris dan Bukit Abu yang banyak memberi info dan membantu kepada yang memerlukan berkenaan keadaan semasa di Dabong. Di harapkan keadaan di sana akan bertambah baik secepat mungkin.
Sekian dulu setakat ini.....73
Thursday, November 12, 2009
AMARAN CUACA OLEH JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
| Jabatan Meteorologi Malaysia |
| Thunderstorms Warning ( IDM20007 ) |
JMM-PRC(O)-LK-04
Our Ref: ( JMM.RML06/701/10JLD62(31) )
| NASIHAT HUJAN LEBAT/RIBUT PETIR (PERINGKAT KUNING)
|
| I) NASIHAT RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING) Dikeluarkan pada: 12.00 tengahari 11/11/2009 Ribut petir dan hujan lebat serta angin kencang dijangka turun di Perlis dan Kedah (Daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Yan, Pendang, Sik, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu) untuk petang dan malam ini, Rabu 11 November 2009. Keadaan ini boleh menyebabkan banjir kilat di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah berdekatan tebing-tebing sungai. II) NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING) Dikeluarkan pada: 1.15 petang 11/11/2009 Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat dijangka turun di Kelantan (Daerah Tumpat, Kota Bahru, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang), Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Daerah Kuantan, Jerantut, Pekan, Rompin dan Maran) bermula pagi Ahad, 15 November 2009 hingga Khamis, 19 November 2009. Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah berdekatan tebing-tebing sungai. |
| Issued by |
PENINGKATAN PARAS AIR DI KUALA GRIS DAN BUKIT ABU

Antara kesan - kesan yang kelihatan ( banyak lagi gambar akan di upload selepas ini )
AlhamduliLLAH...air naik tak lama....namun kene siap sedia untuk gelombang kedua. Dalam keadaan begini , info dari rakan-rakan Ham amat diperlukan . Antara rakan-rakan yang selalu memberi info ialah 9W2 YUB, SOF,IJI,SJO,KIY,Pak Dir dan ramai lagi. Terima kasih pada semua rakan-rakan Ham....terutamanya rakan SEDARA. Khidmat dan sumbangan rakan-rakan amatlah di hargai





