Tuesday, November 24, 2009
BANJIR MELANDA BUAT KALI KEDUA DI LOKALAN DABONG
Menurut info rakan-rakan , banjir mula melanda lokalan Dabong ( Kuala Gris dan Bukit Abu ) sejak 21 - 11 - 2009. Agak teruk juga banjir kali ini, tapi keadaan mungkin bertambah serius menjelang Aidil Adha akan datang....ni baru 'second wave'...maybe lepas raya ada lagi.
Terimakasih buat rakan-rakan HAM di Dabong , Kuala Gris dan Bukit Abu yang banyak memberi info dan membantu kepada yang memerlukan berkenaan keadaan semasa di Dabong. Di harapkan keadaan di sana akan bertambah baik secepat mungkin.
Sekian dulu setakat ini.....73
Thursday, November 12, 2009
AMARAN CUACA OLEH JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
| Jabatan Meteorologi Malaysia |
| Thunderstorms Warning ( IDM20007 ) |
JMM-PRC(O)-LK-04
Our Ref: ( JMM.RML06/701/10JLD62(31) )
| NASIHAT HUJAN LEBAT/RIBUT PETIR (PERINGKAT KUNING)
|
| I) NASIHAT RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING) Dikeluarkan pada: 12.00 tengahari 11/11/2009 Ribut petir dan hujan lebat serta angin kencang dijangka turun di Perlis dan Kedah (Daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Yan, Pendang, Sik, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu) untuk petang dan malam ini, Rabu 11 November 2009. Keadaan ini boleh menyebabkan banjir kilat di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah berdekatan tebing-tebing sungai. II) NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING) Dikeluarkan pada: 1.15 petang 11/11/2009 Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat dijangka turun di Kelantan (Daerah Tumpat, Kota Bahru, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang), Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Daerah Kuantan, Jerantut, Pekan, Rompin dan Maran) bermula pagi Ahad, 15 November 2009 hingga Khamis, 19 November 2009. Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah berdekatan tebing-tebing sungai. |
| Issued by |
PENINGKATAN PARAS AIR DI KUALA GRIS DAN BUKIT ABU

Antara kesan - kesan yang kelihatan ( banyak lagi gambar akan di upload selepas ini )
AlhamduliLLAH...air naik tak lama....namun kene siap sedia untuk gelombang kedua. Dalam keadaan begini , info dari rakan-rakan Ham amat diperlukan . Antara rakan-rakan yang selalu memberi info ialah 9W2 YUB, SOF,IJI,SJO,KIY,Pak Dir dan ramai lagi. Terima kasih pada semua rakan-rakan Ham....terutamanya rakan SEDARA. Khidmat dan sumbangan rakan-rakan amatlah di hargai
Thursday, November 5, 2009
EYEBALL SELEPAS RAYA BERSAMA RAKAN HAM GUA MUSANG
Majlis eyeball selepas Hari Raya Aidilfitri di adakan di Restoran Mekar Wangi kepunyaan 9W2RMW (Abe Din) pada 27 September 2009. Ramai rakan-rakan yang hadir pada hari tersebut antaranya Rakan Lokalan Dabong 9W2TNY, 9W2YUB , 9W2BFL , SWLIJI , SWLKUB , SWLONI , SWLKKR dan Rakan Lokalan Gua Musang 9W2TTQ , 9W2XGM , 9W2RMW , 9W2YGM , SWLMTM SWLMRS . Turut hadir pada hari tersebut bagi memeriahkan majlis eyeball adalah rakan dari Pengkalan Kubur iaitu 9W2ZZD atau lebih dikenali sebagai Abe Zack yang kebetulan bermobil melalui Gua Musang.
SWLKKR Pak Dir , 9W2ZZD Abe Zack , 9W2TTQ Abe Fendi ,
9W2BFL Pok Le (Roslan), Sifu Ayub (9W2YUB) dan SWLONI Pak Noni
sedang ber QSO sambil ber ‘tango-tango’
SWLIJI Pak Iji (disebelah kiri tempat duduk kosong) bersama
9W2XGM Abe Mat dan Agai (SWLMRS)
mendengar cerita rakan-rakan lain
Ini dia Abe Zack (9W2ZZD) dari Pengkalan Kubur ,Kelantan.
Selepas habis eyeball di RMW , saya dan rakan-rakan satu jalopy bertolak ke base Pak Nan (9W2DCT) di Chiku Tiga . Sampai di sana lebih kurang jam 2230 dan sempatlah ber ‘tango-tango’ ngan Pak Ne (Nan) di Kedai Kain Batik
Pak Iji , Pak Nan dan saya 9W2TNY Abe Katini ber ‘tango-tango’ dengan rakan.
SWLKUB tengah syok dengar cerita Pak Ne.
Terima kasih pada semua rakan-rakan yang ber ‘eyeball’ dan ucapan Selamat Hari Raya pada semua
Maaf Zahir Dan Batin
Dari hujung Antenna sampai ke hujung PTT
Dari hujung topi sampai ke hujung boot.
73 Bye-bye.
EYEBALL RAYA BERSAMA RAKAN SUNGAI PETANI
di Restoran Makbul, Sg Petani ,Kedah. Eyeball diadakan pada 21-09-2009 jam 2100.

9W2TMD Cikgu Mazli (paling kiri )
bersama rakan-rakan ham SP

Sape tak kenal hensem 'guy' ni
9W2OSP Bang Sam

Dari tingkat bawah kitaorang lari ke tingkat atas sebab
dah QRL sangat. Yang berkopiah tu lah
Ustaz Ghani (9W2GNY)

9W2CRC Abang Hafizi(berdiri) tengah tengok order....
sapa-sapa nak order stiker,jumpalah ngan dia

Yang pakai cermin mata tengah senyum tu lah saya
9W2TNY (Katini) XYM yang bermisai
bukan YL......sorry
Terima kasih pada semua rakan-rakan radio ham Sg Petani yang sudi mengadakan majlis eyeball Hari Raya Aidilfitri.

Selamat Hari Raya.
Berhati-hati semasa bermobile.
Friday, October 16, 2009
Cabaran Pertama Skuad Elite DARA (SEDARA)
Projek dimulakan pada jam 1100 , dimana 4 stesen dari Skuad DARA bersama Pak Nan ( 9W2DCT) memulakan tugas menebuk dan mengukur batang besi yang akan di gunakan sebagai 'stand'. Mereka ialah Sifu Ayub (9W2YUB) , Orang Elektrik Pak Iji (SWLIJI) , Pendaki Profesional Pak Oni (SWLONI ) dan Pemandu Profesianal 4 X 4 Pak Shid (SWLRHK) . Tidak berapa lama kemudian , Jurutera Teknikal , Pak Nayri (9W2NYR) datang bersama SWR meternya bagi memastikan tiada kesilapan teknikal berlaku.
Keterangan gambar (dari kiri ke kanan)
- Pak Nan tengah ukur jarak yang sesuai bagi memastikan pemasangan adalah betul.
- Antena yang dah siap dipasang.
- Antena dibawa ke lokasi pemasangan.
- Salah satu sambungan 'anak jin', disambung 4 'anak jin' maka jadilah 'bapak jin'.
- Pak Iji , Pak Shid dan Pak Yub tengah 'set-up' tapak untuk pemasangan.
- Pak Oni sedang pasang 'staging' bagi mudahkan kerja memasang antena.
- Pak Nayri (Kiri) membantu Pak Oni pasang 'staging'
- Tukang pegang , Pak Iji ( tak berbaju) , sambil diperhatikan oleh rakan-rakan.
Pada masa yang sama , kurang lebih jam 1600 , saya (9W2TNY - Bang Katini) sampai di base Pak Nan dari Portable Base di Bukit Abu , bagi membantu Skuad DARA melaksanakan tugasan yang diberi. Hajatnya nak 'menyibuk' saja , tapi akhirnya terpaksa di 'sibukkan'.......apa taknya....bila sampai saja di base 9W2DCT , saya terus diberi tugasan di awangan biru bersama Pak Oni dan Pak Nan.
- Tu dia tukang sibuk yang kena 'dera'....tu lah duduk rumah elok-elok nak datang sini.
- Yang kat atas tu Pak Oni (kiri) (SWL ONI) sebelahnya Bang Katini (tukang sibuk) bersama tuan rumah Pak Nan (9W2 DCT ).
- Berehat jap....."letih jugak pasang 'bapak jin' ni" kata tukang sibuk (dalam hati ) (9W2 TNY) tapi kawan-kawan punya pasal, syok pun ada.
- Turut membantu:Dari kiri :- Pak Shid 'Bussinesman' (SWL RHK) ,Pak Yub 'Sifu' (9W2 YUB) dan 'Technical Man' Pak Nayri (9W2 NYR).
- Sampai malam Skuad DARA buat keja.....siap lampu suluh lagi.
- Tengoklah muka-muka yang keletihan....yg tengah tu Pak Nan ,sebelah kiri lah Bang Katini dan yang sebelah kanan Pak Yub
- Tak puas hati punya pasal, lepas buat yang wajib Pak Nan cuba memancar sekali lagi......masa tu dah tak ingat nak makan, walhal dari tengah hari belum makan. Seronok ber QSO punya pasal.
- Ini lah dia 4-Stack Dipole @ Bapak Jin , yang dah siap dipasang........
Kebanyakkan repeater dan simplex berjaya di capai oleh Pak Nan , walaupun 'window' masih belum di 'A' 'just' kan lagi.











