Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Thursday, November 12, 2009

AMARAN CUACA OLEH JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

Jabatan Meteorologi Malaysia
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

Thunderstorms Warning ( IDM20007 )
1:15 petang, 11hb Nov 2009

JMM-PRC(O)-LK-04

Our Ref: ( JMM.RML06/701/10JLD62(31) )

NASIHAT HUJAN LEBAT/RIBUT PETIR (PERINGKAT KUNING)


Dikeluarkan pada: 1.15 petang 11/11/2009

I) NASIHAT RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)

Dikeluarkan pada: 12.00 tengahari 11/11/2009

Ribut petir dan hujan lebat serta angin kencang dijangka turun di Perlis dan Kedah (Daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Yan, Pendang, Sik, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu) untuk petang dan malam ini, Rabu 11 November 2009.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir kilat di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah berdekatan tebing-tebing sungai.

II) NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)

Dikeluarkan pada: 1.15 petang 11/11/2009

Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat dijangka turun di Kelantan (Daerah Tumpat, Kota Bahru, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang), Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Daerah Kuantan, Jerantut, Pekan, Rompin dan Maran) bermula pagi Ahad, 15 November 2009 hingga Khamis, 19 November 2009.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah berdekatan tebing-tebing sungai.



Issued by
Malaysian Meteorological Department
Ministry of Science, Technology & Innovation
11/11/2009

PENINGKATAN PARAS AIR DI KUALA GRIS DAN BUKIT ABU

Selepas hujan selama 3 hari tanpa henti, bermula 4 November , paras air mula meningkat di sungai Dabong. Akibat dari limpahan air yang terlalu banyak , akhir kampung Kuala Gris dan Bukit Abu di dalam kawasan Dabong mula dinaiki air. Begitu juga dengan kawasan di sekitar Kemubu. Namun banjir kali ini tidaklah sebesar mana....cuma sebagai permulaan sahaja. Kesan kenaikan air dapat di lihat seperti gambar di bawah ;



Antara kesan - kesan yang kelihatan ( banyak lagi gambar akan di upload selepas ini )

AlhamduliLLAH...air naik tak lama....namun kene siap sedia untuk gelombang kedua. Dalam keadaan begini , info dari rakan-rakan Ham amat diperlukan . Antara rakan-rakan yang selalu memberi info ialah 9W2 YUB, SOF,IJI,SJO,KIY,Pak Dir dan ramai lagi. Terima kasih pada semua rakan-rakan Ham....terutamanya rakan SEDARA. Khidmat dan sumbangan rakan-rakan amatlah di hargai
Kunjung Mengunjung Amalan Mulia...Sila Klik untuk Menjenguk Rakan-Rakan HAM Anda

Solar Data/Propagation