Saturday, May 26, 2012

Atas Bukit Ada Pokok Atas Pokok Ada V two4

Salam BerQSO 9M4RDB (Frequency: 146.6875, Offset: -600, T103.5)

Sedang Bertungkus lumus untuk menaikan antenna V24 Kepuncak Pokok 
Alhamdulillah, satelah sekian hampir setahun lamanya 9M4RDB sunyi sepi daripada rakan-rakan berQSO diudara, maka minggu ini kami telah megambil keputusan untuk menghidupkan kembali repeater 9M4RDB.  Atas persetujuan semua rakan-rakan, terutama 9W2AGW - Jason George Ham, 9W2KJP - Wan Kob, 9W2QMD - Abang Mad, 9W2PSB - Pak Su Sg. Batu, SWLDHR - Abang Ku, perancangan kami berhasil pada kali ini disamping dapat mempertingkatkan lagi jarak jangkauan repeater daripada sebelumnya dengan meletakan antenna RX dipuncak pokok.

  


Saturday, February 25, 2012

Kisah Dulu-Dulu - Kabel Talifon Yang Di Curi Gajah Yang Naik Minyak


Hehehe..ya ke ni, macam tak percaya lak!!. Sebenarnya nak kata ya pun mungkin tidak, nak kata tidak memang tidak pun..apapun ianya berlaku di-bulan dan waktu yang sama, di-habitat yang sama. di hulu segala ulu…ini…




(Bot dan Keretapi masih lagi menjadi jalan perhubungan yang penting dihulu Kelantan)

Friday, May 6, 2011

Menguji Warna Alzheimer

Asalmualaikum Rakan-Rakan HAM Yang Di Hormati,

Hahaha..entah le..memadangkan hari ini Pak Eba ada masa sikit, maka pak Eba godek le kesana-kemari lalu terjumpa le akan benda ni. Kalau rakan-rakan terasa nak menghilangkan kolestrol disekitar kepala atau mengurangkan penyakit 'Alzheimer's Disease' boleh la mencubanya:-

8 penyakit yang boleh sembuh dengan berjalan kaki


Assalamualaikum Rakan-Rakan Ham Yang Dihormati,

Adapun maaf le kalau sekiranya artikel ini tidak bersesuaian dengan rakan-rakan HAM yang berkunjung ke blog Dara2u, tetapi memandangkan sayang akan artikel ini agar ia tidak tenggelam bersama email-email yang lain, pak EBa copy/paste artikel ini untuk berkongsi pengetahuan bersama.

Apa-apa pun jika sekiranya selama ini rakan-rakan malas untuk berjalan , fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.

Saturday, April 23, 2011

Senarai Rakan2 Baru DARA2U

Assalamualaikum Buat Rakan-Rakan HAM Yang Di Hormati..

Adapun memandangkan ruangan "Chat Box" menenggelamkan mesej2 rakan-rakan yang terdahulu dan spamming daripada internet marketer, DARA2U terpaksa mengadakan ruangan khusus untuk rakan-rakan HAM yang berkunjung dan yang ingin bekongsi pelbagai maklumat. Sila klik banner dan isi borang yang disediakan.

Untuk melihat nama rakan-rakan terpapar atau tidak sila klik side menu diatas (List Rakan2 HAM)


Wasalam

- Admin (Pak EBA)


Wednesday, April 20, 2011

Kelapa Tua

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Buat Rakan2 Ham Yang Di Hormati..

Semua orang kenal kelapa tua. Tahu pula gunanya kelapa tua itu. Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup manusia.
.
Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang. Kelapa tua tidak pernah menjadi topik perbincangan. Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi, tidak ramai orang yang akan dapat merasakan dan menyelami perasaannya. Itulah kelapa tua.


Mesyuarat Agung PRAGA - Kali Kedua

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Buat Rakan2 Ham Yang Di Hormati..
Adapun saya bagi pihak DARA ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PRAGA (Persatuan Pengguna Radio Amatur Gua Musang, Kelantan) kerana sudi menjemput dan menerima kami sebagai ahli bersekutu PRAGA, terutama bagi mereka-mereka dari lokalan Bukit Abu, Kg. Kuala Gris, Dabong serta Jelawang.

Mesyuarat Agung PRAGA buat kali kedua ini di adakan pada malam 18hb April, 2011 di Pusat Pembangunan Komuniti Gua Musang yang dirasmikan dengan jayanya oleh wakil Ketua Polis Daerah Gua Musang.


Tuesday, March 8, 2011

Panggilan Pulau Pasir Tenggelam-Timbul di 9M4RDB


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan HAM yang di hormati..

Hahaha…macam tajuk cerita filem klasik pulak dah..

Monday, February 28, 2011

Meringkaskan Upload Photo

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat Rakan2 HAM yang dihormati..


Adapun untuk menguploadkan photo ke blog, facebook atau mana-mana website adalah amat menjemukan kerana ia mengambil masa yang terlalu lama untuk satu-satu photo di-uploadkan, lebih-lebih lagi sekiranya kita ingin menguploadkan seberapa banyak photo yang kita snap didalam sesuatu peristiwa keblog.

Wednesday, February 23, 2011

Merintis Jalan ke Bukit Setia cum Lembaran Baru Repeater 9M4RDB



Adapun aduhai, alahai, apabila memikirkan untuk menaiki ke puncak Bukit Setia dengan ketinggian 502 meter dari paras laut adalah amat merisaukan dan meletihkan tetapi apabila memikirkan repeater kami tidak berfungsi dengan sempurna serta keseronokan melihat pemandangan dari puncaknya, juga pengalaman 45 minit pendakian dengan kenderaan 4x4 merentasi jalan-jalan San Tai Wong dan jalan-jalan ladang yang mencabar rasanya amat rugi kalau tak ikut serta lebih-lebih lagi demi rakan-rakan HAM yang sentiasa setia berQSO di Repeater Bukit Setia atau kini ianya lebih dikenali sebagai Repeater 9M4RDB.

Kunjung Mengunjung Amalan Mulia...Sila Klik untuk Menjenguk Rakan-Rakan HAM Anda

Solar Data/Propagation