Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan HAM yang di hormati..
Hahaha…macam tajuk cerita filem klasik pulak dah..
Apa-apapun sekiranya rakan-rakan HAM selalu monitoring dan selalu QSO di 9M4RDB dua-tiga minggu lepas, tentu sekali rasanya tidak terlepas akan keceriaan jalur 9M4RDB dengan gurauan, geletek-menggeletek antara satu sama lain berkenaan kisah pancing–memancing udang galah di lokalan Pulau Pasir Tengelam-Timbul Kuala Gris, sehinggakan ada antara rakan-rakan HAM baik yang dekat mahu pun yang berada berjauhan datang sendiri ke Pulau Pasir Tenggelam Timbul untuk memancing udang galah.
Pak EBa pun tak terkecuali, untuk merasai sendiri keseronokan memancing udang galah, pada minggu lalu Pak EBa bersama 9W2RSH – Tok Ayah mengambil kesempatan hari cuti untuk bersama-sama dengan 9W2TNY – Pak Tini, 9W2MAD – Abg Mad dan SWL Pak Iji yang sememangnya telah berada semalaman disana.
Satelah sampai di pengkalan sungai, 9W2MAD abang Mad datang menjemput kami dgn bot kecilnya yg cuma muat untuk 3 orang sahaja. Sepanjang 15 minit perjalanan kesana sempat le Pak EBa snap photo untuk tatapan rakan-rakan-rakan HAM yang setia QSO diudara juga pengunjung blog DARA2u.
Photo 1 - Perjalanan menuju Pulau Tenggelam-timbul di Kg. Jena, Bukit Apit .Pada waktu senja.,teramat laa..damai dan indahnya…..
Photo 2 - Setibanya di pantai Pulau Pasir Tenggelam-timbul di sambut oleh Pak Tini dengan tiga station yang telah semalaman berkhemah disini. Pulau Pasir Tenggelam-timbul, pada pengamatan Pak EBa, ialah timbunan pasir rata ditengah-tengah sungai dengan keluasannya lebih-kurang satu ekar dan dikiri-kanan hulu-hilirnya dikelilingi oleh air. Ketinggian pasir dengan aras air sungai antara satu hingga tiga kaki sahaja. Sesuai bertandan pada waktu musim kemarau, waktu monsoon bukan sahaja pasir tenggelam tapi dengan kita-kita sekali hanyut….. hahaha..
Photo 3 – Kami menjamah juadah dengan ala kadar sahaja, selepas maghrib aktiviti pancing-memancing udang galah bermula sehingga kelarut malam, yang kekal sampai larut pagi cuma Pak Tini dan Tok Ayah.
Photo 4 – Walaupun udang galah dapat tak seberapa, tapi keceriaan dan keakraban antara rakan-rakan amat terasa, hasrat kami nak bakar udang di pantai pulau tenggelam-timbul tidak kecapaian Walau apapun QSO abang Mad dengan rakan-rakan HAM di udara amat menghiburkan..
Sekian,
Wasalam.
Jumpa dan jumpa lagi..
9W2EBA – Pak EBa
(Dari Bukit Setia)
No comments:
Post a Comment