Showing posts with label Gua Musang. Show all posts
Showing posts with label Gua Musang. Show all posts

Thursday, December 3, 2009

Skuad D.A.R.A beraksi lagi

Pada 13-11-2009 , bertempat di rumah Pak Zaki (9W2 KIY) di Meranto, Gua Musang, skuad DARA beraksi buat sekian kalinya....kali ini antena F23H (Diamond) pula di pasang. Skuad DARA bersama rakan-rakan lokalan Gua Musang , memulakan tugasan pada jam 11 pagi selepas di 'jamu' ubi keladi rebus oleh Pak Zaki . Antara rakan yang hadir hari tu adalah ;

9W2DCT (Pak Nan ) , 9W2YGM (Abg Yi ) , 9W2XGM (Abg Mat) , 9W2YUB (Pak Yub) , 9w2BFL(Pak Lan) , SWLIJI (Pak Iji ) dan saya 9W2TNY ( Bang Katini)


Ni lah antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan pada hari 'kejadian' untuk tatapan rakan-rakan .



F23H masih dalam bungkusan












Malangnya saya tak berkesempatan untuk menghabiskan tugasan kali ini disebabkan QRL dengan tugasan yang lebih penting. Walaumacamanapun , terimakasih buat semua rakan-rakan yang hadir, pertolongan yang dihulur bukanlah sekadar satu sumbangan kosong malah dengan adanya aktiviti seperti ini, silaturrahim antara rakan-rakan akan bertambah erat.

Selamat berjumpa lagi.
9W2TNY QRU.
73 Clear....Bye

Thursday, November 5, 2009

EYEBALL SELEPAS RAYA BERSAMA RAKAN HAM GUA MUSANG

Majlis eyeball selepas Hari Raya Aidilfitri di adakan di Restoran Mekar Wangi kepunyaan 9W2RMW (Abe Din) pada 27 September 2009. Ramai rakan-rakan yang hadir pada hari tersebut antaranya


Rakan Lokalan Dabong 9W2TNY, 9W2YUB , 9W2BFL , SWLIJI , SWLKUB , SWLONI , SWLKKR dan

Rakan Lokalan Gua Musang 9W2TTQ , 9W2XGM , 9W2RMW , 9W2YGM , SWLMTM SWLMRS .

Turut hadir pada hari tersebut bagi memeriahkan majlis eyeball adalah rakan dari Pengkalan Kubur iaitu 9W2ZZD atau lebih dikenali sebagai Abe Zack yang kebetulan bermobil melalui Gua Musang.

SWLKKR Pak Dir , 9W2ZZD Abe Zack , 9W2TTQ Abe Fendi ,

9W2BFL Pok Le (Roslan), Sifu Ayub (9W2YUB) dan SWLONI Pak Noni

sedang ber QSO sambil ber ‘tango-tango’

SWLIJI Pak Iji (disebelah kiri tempat duduk kosong) bersama

9W2XGM Abe Mat dan Agai (SWLMRS)

mendengar cerita rakan-rakan lain

Ini dia Abe Zack (9W2ZZD) dari Pengkalan Kubur ,Kelantan.



Selepas habis eyeball di RMW , saya dan rakan-rakan satu jalopy bertolak ke base Pak Nan (9W2DCT) di Chiku Tiga . Sampai di sana lebih kurang jam 2230 dan sempatlah ber ‘tango-tango’ ngan Pak Ne (Nan) di Kedai Kain Batik

Pak Iji , Pak Nan dan saya 9W2TNY Abe Katini ber ‘tango-tango’ dengan rakan.

SWLKUB tengah syok dengar cerita Pak Ne.

Terima kasih pada semua rakan-rakan yang ber ‘eyeball’ dan ucapan Selamat Hari Raya pada semua

Maaf Zahir Dan Batin

Dari hujung Antenna sampai ke hujung PTT

Dari hujung topi sampai ke hujung boot.

73 Bye-bye.


Friday, October 16, 2009

Cabaran Pertama Skuad Elite DARA (SEDARA)

Pada 04 Oktober 2009 , bertempat di base 9W2DCT ( Pak Nan ) , Skuad Elite DARA ( Dabong Amateur Radio Association) telah menjalankan projek pemasangan antena 4 telinga (4-Stack Dipole ) atau juga dikenali sebagai Penyangkut Baju .




Inilah dia Antena 4-Stack Dipole (yang ori)

Projek dimulakan pada jam 1100 , dimana 4 stesen dari Skuad DARA bersama Pak Nan ( 9W2DCT) memulakan tugas menebuk dan mengukur batang besi yang akan di gunakan sebagai 'stand'. Mereka ialah Sifu Ayub (9W2YUB) , Orang Elektrik Pak Iji (SWLIJI) , Pendaki Profesional Pak Oni (SWLONI ) dan Pemandu Profesianal 4 X 4 Pak Shid (SWLRHK) . Tidak berapa lama kemudian , Jurutera Teknikal , Pak Nayri (9W2NYR) datang bersama SWR meternya bagi memastikan tiada kesilapan teknikal berlaku.





Keterangan gambar
(dari kiri ke kanan)
  1. Pak Nan tengah ukur jarak yang sesuai bagi memastikan pemasangan adalah betul.
  2. Antena yang dah siap dipasang.
  3. Antena dibawa ke lokasi pemasangan.
  4. Salah satu sambungan 'anak jin', disambung 4 'anak jin' maka jadilah 'bapak jin'.
Akhirnya lebih kurang jam 1400 , peringkat pertama antena 4-Stack Dipole berjaya disudahkan. Setelah itu , Skuad DARA pun bersiap - sedia untuk melaksanakan peringkat kedua yang agak mencabar kewibawaan pasukan.





Keterangan gambar (dari kiri ke kanan)
  1. Pak Iji , Pak Shid dan Pak Yub tengah 'set-up' tapak untuk pemasangan.
  2. Pak Oni sedang pasang 'staging' bagi mudahkan kerja memasang antena.
  3. Pak Nayri (Kiri) membantu Pak Oni pasang 'staging'
  4. Tukang pegang , Pak Iji ( tak berbaju) , sambil diperhatikan oleh rakan-rakan.

Pada masa yang sama , kurang lebih jam 1600 , saya (9W2TNY - Bang Katini) sampai di base Pak Nan dari Portable Base di Bukit Abu , bagi membantu Skuad DARA melaksanakan tugasan yang diberi. Hajatnya nak 'menyibuk' saja , tapi akhirnya terpaksa di 'sibukkan'.......apa taknya....bila sampai saja di base 9W2DCT , saya terus diberi tugasan di awangan biru bersama Pak Oni dan Pak Nan.





Keterangan gambar (dari kiri ke kanan)
  1. Tu dia tukang sibuk yang kena 'dera'....tu lah duduk rumah elok-elok nak datang sini.
  2. Yang kat atas tu Pak Oni (kiri) (SWL ONI) sebelahnya Bang Katini (tukang sibuk) bersama tuan rumah Pak Nan (9W2 DCT ).
  3. Berehat jap....."letih jugak pasang 'bapak jin' ni" kata tukang sibuk (dalam hati ) (9W2 TNY) tapi kawan-kawan punya pasal, syok pun ada.
  4. Turut membantu:Dari kiri :- Pak Shid 'Bussinesman' (SWL RHK) ,Pak Yub 'Sifu' (9W2 YUB) dan 'Technical Man' Pak Nayri (9W2 NYR).
Setelah berpenat lelah hampir 6 jam iaitu kira kira jam 1930, akhirnya keseluruhan 4-Stack Dipole berjaya dipasang pada ketinggian keseluruhan hampir 80 kaki tinggi ( 60 kaki tiang + 20 kaki 4-Stack Dipole ). Keletihan amat terasa pada setiap anggota Skuad DARA, Pak Nan dan Pak Nayri .





Keterangan gambar (dari kiri ke kanan)
  1. Sampai malam Skuad DARA buat keja.....siap lampu suluh lagi.
  2. Tengoklah muka-muka yang keletihan....yg tengah tu Pak Nan ,sebelah kiri lah Bang Katini dan yang sebelah kanan Pak Yub
  3. Tak puas hati punya pasal, lepas buat yang wajib Pak Nan cuba memancar sekali lagi......masa tu dah tak ingat nak makan, walhal dari tengah hari belum makan. Seronok ber QSO punya pasal.
  4. Ini lah dia 4-Stack Dipole @ Bapak Jin , yang dah siap dipasang........
Walaubagaimanapun , keletihan terubat dan berganti kepuasan apabila antena diuji pancar oleh Pak Nan. Pancaran di V18 disambut baik oleh rakan - rakan ham di Temerloh yang membantu memberi 'Signal Report' . Antara rakan yang memberi 'signal report' ialah 9W2RZL ( bang Rizal) yang memberi laporan 4/8 . Selepas itu , ujian demi ujian audio dijalankan oleh Pak Nan .
Kebanyakkan repeater dan simplex berjaya di capai oleh Pak Nan , walaupun 'window' masih belum di 'A' 'just' kan lagi.
Kunjung Mengunjung Amalan Mulia...Sila Klik untuk Menjenguk Rakan-Rakan HAM Anda

Solar Data/Propagation