Thursday, December 3, 2009

Skuad D.A.R.A beraksi lagi

Pada 13-11-2009 , bertempat di rumah Pak Zaki (9W2 KIY) di Meranto, Gua Musang, skuad DARA beraksi buat sekian kalinya....kali ini antena F23H (Diamond) pula di pasang. Skuad DARA bersama rakan-rakan lokalan Gua Musang , memulakan tugasan pada jam 11 pagi selepas di 'jamu' ubi keladi rebus oleh Pak Zaki . Antara rakan yang hadir hari tu adalah ;

9W2DCT (Pak Nan ) , 9W2YGM (Abg Yi ) , 9W2XGM (Abg Mat) , 9W2YUB (Pak Yub) , 9w2BFL(Pak Lan) , SWLIJI (Pak Iji ) dan saya 9W2TNY ( Bang Katini)


Ni lah antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan pada hari 'kejadian' untuk tatapan rakan-rakan .



F23H masih dalam bungkusan












Malangnya saya tak berkesempatan untuk menghabiskan tugasan kali ini disebabkan QRL dengan tugasan yang lebih penting. Walaumacamanapun , terimakasih buat semua rakan-rakan yang hadir, pertolongan yang dihulur bukanlah sekadar satu sumbangan kosong malah dengan adanya aktiviti seperti ini, silaturrahim antara rakan-rakan akan bertambah erat.

Selamat berjumpa lagi.
9W2TNY QRU.
73 Clear....Bye

No comments:

Post a Comment

Kunjung Mengunjung Amalan Mulia...Sila Klik untuk Menjenguk Rakan-Rakan HAM Anda

Solar Data/Propagation