Friday, December 11, 2009

6 Disember 2009 Dan KB Mall

KOTA BHARU: Dua penuntut kejururawatan Kolej Masterskill meninggal dunia, manakala seorang rakan mereka cedera parah ditimpa sebuah kereta yang terjunam dari tempat letak kereta di tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall.

Kejadian yang memeranjatkan dan menyayat hati telah berlaku pada 6 Diember 2009 di KB Mall, Kota Bahru, Kelantan.

Siti Nor Amira Shamsuddin, 19, dari Gua Musang, mati di tempat kejadian, manakala rakannya, Siti Nordiana Azman, 18, dari Wakaf Bharu, Tumpat, meninggal dunia ketika dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII). Kedua-dua mangsa yang menuntut di Kampus Metro Masterskill Kota Bharu itu cedera parah di kepala.

Rakan kolej mereka, Rashidah Ahmad Lotfi, 24, dari Jerteh, Terengganu dan pemandu kereta, Nor Ain Said, 19, yang cedera parah pada kepala dirawat di HRPZII. Adik Nor Ain, iaitu, Nor Atikah, 17, yang berada dalam kereta berkenaan tidak cedera, tetapi melarikan diri.

Nurul Ain berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama adiknya, Nurul Akma, 14, membantu abang angkat mereka, Sabri Yusuf, 27, dari Jerteh, Terengganu, menghidupkan kereta Ford Laser itu selepas membeli-belah.

“Ketika hendak balik jam 5 petang, kereta tidak dapat dihidupkan. Saya dan Akma cuba menolak tetapi gagal,” katanya di wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini, semalam.

Nurul Ain berkata, Sabri meminta dia mengendalikan kereta dan diajar cara menghidupkan enjin.

“Saya tidak tahu memandu kereta. Jadi, Sabri mengajar secara ringkas termasuk meminta menekan pendikit minyak dengan kuat serta memasukkan gear.

Ketika mereka menolak kereta, saya memasukkan gear dan secara tiba-tiba enjin kereta hidup sebelum meluncur laju. Saya hilang kawalan dan kereta terjunam ke tingkat bawah.

“Saya bimbang keselamatan Akma kerana sangka dia turut terjatuh,” katanya yang semakin pulih daripada trauma kejadian itu.

Nurul Ain bersyukur kerana terselamat walaupun terjatuh dari ketinggian 20 meter dan cedera ringan akibat terkena serpihan kaca.

Katanya, kira-kira jam 2 pagi semalam, dia dikejutkan seorang lelaki di wad yang menuduhnya menjadi punca ramai mati.

Sementara itu, Nurul Akma berkata, sejurus kereta itu menjunam, dia bergegas turun dan terkejut melihat mangsa terbaring berlumuran darah menyebabkannya panik dan menangis.

“Seorang wanita menenangkan saya sebelum dihantar pulang tanpa mengetahui nasib kakak. Kira-kira jam 12 malam, polis mengambil saya untuk membuat laporan dan melawat kakak di hospital,” katanya.

Foto kejadian di KB Mall :



Kepada keluarga mangsa , salam takziah di ucapkan. Al- Fatihah .

Terimakasih juga atas bantuan dan informasi kebenaran menggunakan 9M4RDA oleh rakan-rakan Hams di Kota Bahru .

No comments:

Post a Comment

Kunjung Mengunjung Amalan Mulia...Sila Klik untuk Menjenguk Rakan-Rakan HAM Anda

Solar Data/Propagation