Thursday, December 24, 2009

Ecochallenge 2009

Bermula 17 Disember 2009 sehingga 19 Disember , rakan-rakan ham dari kelab PRAGA , Gua Musang terlibat secara langsung dengan aktiviti Ecochallenge 2009 yang bermula dari Taman Negara Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan dan berakhir di Paloh Dua , Gua Musang, Kelantan.

Rakan-rakan ham bertindak sebagai Jawatankuasa Komunikasi bagi acara tersebut yang berlasung secara rasminya pada 19 Disember 2009 . Antara rakan- rakan yang terlibat adalah
9W2YGM ( Abe Yi ) , 9W2DMH ( Ustaz Miji ) , 9W2NMR ( Pak Nik ) , 9W2MLO ( Pak Manaf) , 9W2DCT ( Pak Nan ) , 9W2RMW ( Pak Din ) , 9W2DGM ( Abe Di ) , 9W2KIY ( Pak Kie), 9W2XGM (Abe Mat ) ,
9W2OGM ( Abe Mi ) , 9W2MJM ( Abe Mat ) ,
9W2SGM ( Pak Hisham ) , 9W2TNY ( Abe Katini ) , SWLJTP ( Abe Soh ) , SWLSST ( Pak Syed ) dan SWLMRS ( Agai ).

Hari Pertama di Taman Negara Kuala Koh

Kami sampai di Taman Negara kira-kira jam 1619 hrs , tapi tak sangka juga rupa-rupanya Jalopy Waja boleh sampai ke Taman Negara....mana taknye...jalan ke sana semua tar...kalau tak pasti hancur jalopy aku he he


4WD milik SWLSST yang bakal digunakan semasa Ecochallenge .


Ni Waja 2WD ke atau 4WD...hem..boleh pulak ke hutan !





Dah tak de keje...keje melepak je lah
DCT , MLO , MRS , XGM

Cubaan pertama di hadapi rakan-rakan adalah terpaksa tidur dalam khemah yang akhirnya dibanjiri air hujan. Apa taknya....hujan mencurah-curah dalam QRK 3 kadangkala mencecah QRK 5 di lokasi. Akhirnya , atas kebijaksaan Abe Mat , kami berlima masuk tidur dalam dewan...selesa ...macam dalam hotel lagi..


Macam pelarian le pulak...kesian pada XGM , KIY dan DCT
( termasuk ler TNY dan MRS)


Tukang masak import ni....XGM tengah masak air....

Hari Kedua - Kuala Koh Dan Jambatan Aring 6

Masuk hari kedua, macam-macam ragam telah di 'aksi' kan oleh rakan-rakan... hujan masih lagi turun disepanjang hari kedua....banyak aksi dan ragam yang dpat di rakamkan... dari sejuk kena hujan , makan maggi dalam cawan sampai yang kena selsena pun ada...tapi demi PRAGA pejuangan tetap diteruskan.... he he brutal abis 'puak-puak' ni.. tengok je lah gambar-gambar kat bawah ni ;


Gambar Kiri : MRS , SGM dan sukarelawan mendengar taklimat
Gambar Kanan : XGM yang baru naik kedarat...basah kuyup



Gambar Kiri : Sape tu yang tutup kepala denge supik ...la DCT rupanye
Gambar Kanan : JTP dengan aksi terbang ke awan biru



Gambar Kiri : MJM dan KIY ..... makan roti sandwich je ke???
Gambar Kanan : DCT , MJM , KIY dan MRS baru lepas pekena maggi..



Gambar Kiri : Sudah makan maggi...makan mamie pulak...
Gambar Kanan : TNY bersama DMH dan DCT



Gambar Kiri : Hai...baru dua hari dah teringat rumah ke DCT....?
Gambar Kanan : MRS (Agai) yang diserang selsema


Hari Terakhir - Ecochallenge bermula

Hari ini persaingan antara peserta-peserta Ecochallenge 2009 bermula....tapinya bagi rakan-rakan PRAGA... cabaran alam semulajadi sudah di rasai sejak 2 hari yang lalu. Banyak peristiwa suka dan duka yang tak dapat digambarkan dengan perkataan ...



Gambar Kiri : Ni bukan polis Bukin Aman tapi Bukit ABu punye
Gambar Kanan : Mashall Ecochallenge ... SGM lengkap berseragam



Gambar Kiri : Peserta terpaksa mengharungi arus deras bagi melepasi peringkat kedua
Gambar Kanan : Peserta terakhir yang terpaksa di bantu



Gambar Kiri : Pasukan PDRM turut menjayakan Ecochallenge...yang berkuda besi tu adalah MRS
Gambar Kanan : Sambutan dari penduduk Paloh 2 semasa majlis penutup



Gambar Kiri : Berehat selepas habis acara Ecochallenge
Gambar Kanan : TNY , DMH , SST dan DCT menikmati secawan air


Semoga kenangan pahit manis suka di Eco Challenge 2009 menjadi kenangan abadi semua rakan-rakan yang terlibat . Terima kasih pada semua... jumpa lagi di lain ketika.



TNY , KIY , YGM , DCT , MRS dan XGM
bergambar kenang-kenagan di Taman Negara Kuala Koh

Maaf dipinta kalau ada yang tersinggung , segala yang tertulis adalah dari ilham diri ini dan tiada kena mengena dengan
" Yang masih mati atau yang sudah hidup " - Petikan kata-kata MLO

9W2TNY
QRT. 73

No comments:

Post a Comment

Kunjung Mengunjung Amalan Mulia...Sila Klik untuk Menjenguk Rakan-Rakan HAM Anda

Solar Data/Propagation