Saturday, February 25, 2012

Kisah Dulu-Dulu - Kabel Talifon Yang Di Curi Gajah Yang Naik Minyak


Hehehe..ya ke ni, macam tak percaya lak!!. Sebenarnya nak kata ya pun mungkin tidak, nak kata tidak memang tidak pun..apapun ianya berlaku di-bulan dan waktu yang sama, di-habitat yang sama. di hulu segala ulu…ini…




(Bot dan Keretapi masih lagi menjadi jalan perhubungan yang penting dihulu Kelantan)



Nak cerita, pernah sekitar awal 80an dulu, waktu itu jalan raya belum dok ada lagi.. saya pernah balik beraya kekampung dengan scrambler melalui jalan-jalan balak atau jalan “san tai wong”. Ini kerana pada sehari sebelum raya, keretapi tak boleh dinaiki kerana telah dipenuhi dengan orang2 dari bandar nak balik beraya kekampung. Nak naiki bot, kena jalan kaki dulu sejauh 10km untuk ke pengkalan, lagipun sehari sebelum raya, kebanyakannya bot-bot sudah kehilir, nak tak nak terpaksa le naik scrambler buruk untuk pulang beraya….
Itu dulu, dulu gajah-gajah tak pernah meracau dan mundar-mandir sana-sini saperti sekarang walaupun kita merentasi habitat mereka. Lagi pun waktu itu bukit-bukau tak lah tergondol saperti yang dok pandang sekarang ni. Begitu juga dengan pencuri, pencuri dulu tak lah terdesak saperti sekarang, desak tak terdesak satu-satunya kabel talifon yang dok ada tu.. dipotong-potong, dikerat-kerat begitu saja…macam le mee segera telah masuk ke mulut mereka atau mungkin dek kerana harga getah sekerap dah makin menurun maka dia orang pun beralih ke produk lain yang mungkin membawa pendapatan lumayan kepada mereka..


(Kabel talifon terus dipotong-potong dan dicuri tanpa kawalan)

Apapun, entah lah! sekali dok fikir diri teman ini seakan-akan mau rasanya nak ikut serta bersama gajah, sama-sama pakat-pakat naik minyak, sama-sama hentam sana-hentam sini tapi apa kan daya sebab bila dua kali fikir, sape le diri teman ni ye.. nak merintih-rintih, lebih-lebih lagi bila merintih kepada yang tak sudi...

Betul! Betul! Betul! Sape le sudi beri welfare kepada kita bila ianya melibatkan bisnes dan perbelanjaan yang besar. Belum pun sempat lapuran sampai kat kaunter lapuran, orang dah ribut-ribut bahawa talian telephone tak akan di pulihkan lagi kerana ia kawasannya yang terpencil lagi hulu segala ulu…Sape le nak pandang, sape le yang nak tengok ..tapi apa yang jelas teman dok tengok kabel telephone tu di curi lagi dan lagi dan lagi oleh si pencuri kabel yang ganas lagi terdesak…

Wallahualam.
9W2EBA

(Diatas berita Gajah Naik Minyak dan dibawah gambar gajah tersebut yang sempat kawan teman ambil dgn handsetnya)






No comments:

Post a Comment

Kunjung Mengunjung Amalan Mulia...Sila Klik untuk Menjenguk Rakan-Rakan HAM Anda

Solar Data/Propagation