Wednesday, February 23, 2011

Merintis Jalan ke Bukit Setia cum Lembaran Baru Repeater 9M4RDB



Adapun aduhai, alahai, apabila memikirkan untuk menaiki ke puncak Bukit Setia dengan ketinggian 502 meter dari paras laut adalah amat merisaukan dan meletihkan tetapi apabila memikirkan repeater kami tidak berfungsi dengan sempurna serta keseronokan melihat pemandangan dari puncaknya, juga pengalaman 45 minit pendakian dengan kenderaan 4x4 merentasi jalan-jalan San Tai Wong dan jalan-jalan ladang yang mencabar rasanya amat rugi kalau tak ikut serta lebih-lebih lagi demi rakan-rakan HAM yang sentiasa setia berQSO di Repeater Bukit Setia atau kini ianya lebih dikenali sebagai Repeater 9M4RDB.


Untuk pengetahuan rakan-rakan HAM dan pengunjung setia DARA2u, walaupun menaiki ke Bukit Setia tidak lah sehebat Eco-Challenge, tetapi cabaran-cabaran yang perlu di tempuh dalam perjalanan kepuncak amatlah mendebarkan terutama bagi mereka-mereka yang belum pernah merasainya.

Ini kerana disamping kita terpaksa menyelusuri lereng-lereng bukit yang curam dan licin serta berhutan tebal dikiri kanan jalan, kita juga terpaksa berdepan dengan pelbagai penghuni rimba antaranya gajah. Pernah satu kaetika  gajah telah memasuki kawasan ladang dan mengganggu penoreh-penoreh ladang sapertimana lapuran akhbar.



     
Apa-apa pun pada 20hb February 2011 selepas apparatus di pindahkan ke tapak baru,  Repeater Bukit Setia telah membuka satu lembaran baru dimana  pancaran nya dapat menembusi hampir ke 85 peratus kawasan Negeri Kelantan.  Antara kawasan liputannya  disebelah utara – Kuala Krai,  Machang, Tanah Merah, Pasir Mas, Rantau Panjang, Tumpat, Kota Bharu dan Bachok.   Sebelah Timur -  Pasir Puteh, Besut dan kawasan sekitarnya.  Sebelah Selatan – Gua Musang hingga ke Bukit Tujoh sementara sebelah baratnya Jeli, Air Lanas dan kawasan sekitarnya.  (Maklumat liputan daripada pancar uji audio rakan-rakan HAM di kawasan-kawasan tersebut)

Kepada mana-mana rakan HAM yang ingin bergabung atau menguji pancaran audio boleh lah ‘set apparatus’ anda ke frequency: 147.7375, Offset -600 dan Tone 103.5. 

Kepada mereka-mereka yang berusaha keras mewujudkan satu repeater di kawasan Bukit Abu/Kuala Gris, Dabong terutama Peneraju Utama 9W2TNY Pak Tini (Pengasas DARA), 9W2MAD Abang Mad (Pengerusi DARA), 9W2KJP Pak Yaakob (Naib Pengerusi), 9W2 RTD – Pak Din (Setiausaha) 9W2RSH – Tok Ayah (Setiausaha II), SWLIJI – Pak Iji, SWLCHG – Pak Ah Cheng, saya bagi pihak pengunjung setia Repeater 9M4RDB mengucapkan setinggi-tinggi taniah dan terima kasih yang tidak terhingga diatas kejayaan mereka tersebut. 

Tak dilupakan juga kepada mereka-mereka yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan terutama 9W2DTS Abang Yie (Pengurus ASTRA Wilayah Timur), rakan-rakan HAM (PRAGA Gua Musang) dan kepada mana-mana rakan HAM baik yang terlibat secara langsung mahupun sebaliknya. 


  • Perjalanan menuju puncak Bukit Setia dengan bantuan 4x4 9W2SSS – Pak Syed Gua Musang

  • Dipuncak Bukit Setia - peralatan di turun-turunkan, khemah sementara di pasang-pasangkan utk mengelak daripada kepanasan dan kehujanan. Kelihatan dalam photo ialah 9W2TNY(Pak Tini), 9W2MAD(Abg Mad), 9W2RSH (Tok Ayah), 9W2KJP(Pak Yaakob), SWLIJI dan 9W2PSB(Pak Su) sementara 9W2SSS (Pak Syed) ber QSO dlm 4x4.

                 



  • Lokalan baru apparatus 9M4RDB iaitu lebih tinggi dari sebelumnya.  Selepas hujan, kelihatan awan melintupi   9W2TNY (Pak Tini), 9W2MAD (Abg Mad), 9W2SSS (Pak Syed), 9W2KJP (Pak Yaakob), 9W2RSH (Tok Ayah), SWLIJI  dan hehehe..9W2EBA (Pak Eba )


Terima kasih! Terima Kasih! Terima Kasih!

Sekian – Salam kontak perdana dari

9W2EBA – Pak Eba
(Dari Puncak Bukit Setia)
Jumpa dan Jumpa Lagi....




1 comment:

Kunjung Mengunjung Amalan Mulia...Sila Klik untuk Menjenguk Rakan-Rakan HAM Anda

Solar Data/Propagation