
Sedikit maklumat buat rakan-rakan Ham terutamanya bagi rakan-rakan SWL. Di bawah ini adalah cara-cara mencari frekuensi simplex.
1. V16 SEHINGGA V47Simplex V16 sehingga V47 menggunakan
145MHz sebelum titik perpuluhan (Desimel).
Oleh itu kita hanya perlu mencari MHz selepas titik perpuluhan (Desimel).
Formulanya 12.5 DARAB dengan V Channel.Contoh 1:
V16 12.5 x 16 = 200
Oleh itu Frekuensi V16 ialah 145.2000
Contoh 2:
V2712.5 x 27 = 337.5
Oleh itu Frekuensi V27 ialah 145.33752.
Contoh 2:
V2712.5 x 27 = 337.5
Oleh itu Frekuensi V27 ialah 145.33752.
2. V48 SEHINGGA V63Simplex V48 sehingga V63 menggunakan
146MHz sebelum titik perpuluhan (Desimel).
Formulanya 12.5 DARAB dengan V Channel TOLAK 200Contoh 1:
V50 12.5 x 50 = 625 TOLAK 200 = 425
Oleh itu Frekuensi V50 ialah 146.4250
Contoh 2:
V63 12.5 x 63 = 787.5 TOLAK 200 = 587.5
Oleh itu Frekuensi V63 ialah 146.5875
3. V64 SEHINGGA V69Simplex V64 sehingga V69 menggunakan
147MHz sebelum titik perpuluhan (Desimel).
Formulanya : V64 147.4350 TAMBAH 300 (bagi setiap pertambahan V channel)
Contoh 1:
V65 147.4350 + 300 = 147.4650
Oleh itu Frekuensi V65 ialah 147.4650
Contoh 2:
V69 147.4350 + (300 x 5) = 147.4350 + 1500 = 147.5850
Oleh itu Frekuensi V69 ialah 147.5850
Nota:Oleh kerana selepas titik perpuluhan (Desimel) ada 4 nombor maka jika 3 nomber, ditambah dengan 0 sahaja untuk mencukupkan 4 nombor.
9W2 TNY