Tuesday, April 27, 2010

PEPERIKSAAN RADIO AMATUR SIRI KEDUA 2010 (RAE2010-2)



Peperiksaan Radio Amatur Siri Kedua Tahun 2010 (RAE2010-2) kembali lagi.
Kepada mana-mana rakan yang ingin mengambil peperiksaan , sila pastikan anda menghantar permohonan sebelum 14 Mei 2010 jam 5.00 petang . Tarikh peperiksaan adalah pada
30 Jun 2010 Jam 2.00 petang.
Peperiksaan akan diadakan di kesemua wilayah seperti mana iklan di laman berikut :

http://www.skmm.gov.my/link_file/Admin/WhatIsNew/CCD10/Pemberitahuan_RAE_02_2010.pdf

Borang permohonan boleh diperolehi di ;

http://www.skmm.gov.my/link_file/Admin/WhatIsNew/CCD10/RAE_01_2010.pdf

atau di

http://www.ziddu.com/download/7079961/RAE2010-2_Edaran.pdf.html

Tempat adalah terhad dan keutamaan diberikan kepada permohonan awal yang diterima.

Contoh soalan boleh dirujuk di

http://www.ziddu.com/download/7321504/KoleksiSoalanRAEBukuTiga.docx.html

atau

http://www.ziddu.com/download/7079960/SOALAN_RAE_MALAYSIA.pdf.html


Dapatkan panduan SOP di ;

http://www.ziddu.com/download/7340238/ASOPRadioAmatur_BM.pdf.html

Selamat menghadapi RAE2010-2.

Tuesday, April 20, 2010

PERTUKARAN WEBPAGE BAGI 'CALLSIGN CHECK'




CALLSIGN CHECK

Dimaklumkan pada rakan-rakan ham ,
pihak SKMM telah menukar webpage bagi 'callsign check' .
Webpage lama adalah

http://www.skmm.gov.my/registers1/aa.asp?aa=AARadio

manakala webpage baru adalah

http://register.skmm.gov.my/registers1/aa.asp?aa=AARadio

Bagi rakan-rakan yang ingin memeriksa callsign sila klik pada link berikut

http://register.skmm.gov.my/registers1/aa.asp?aa=AARadio

atau clik di bahagian atas blog pada

"SKMM / Callsign check"

......................................................................................................................................
#########################################################

Friday, April 16, 2010

SEKITAR MESYUARAT AGUNG PRAGA KALI PERTAMA



Mesyuarat Agung PRAGA kali pertama telah diadakan secara rasminya pada 29 March 2010, bertempat di Dewan Sivik, Gua Musang, Kelantan .

Beginilah sedikit sebanyak keadaan dan gambaran semasa mesyuarat agung tersebut ;




Lagi gambar sekitar AGM PRAGA kali Pertama








Mesyuarat ditangguhkan kira-kira jam 1300 hrs.

Thursday, April 1, 2010

MESYUARAT AGUNG PRAGA KALI - 1


AGM PRAGA KALI PERTAMA



Pada 29 March 2010 , telah berlangsung mesyuarat agung Persatuan Pengguna Radio Amatur Gua Musang. AGM kali ini diadakan di Dewan Sivik , Gua Musang dan dirasmikan oleh Tuan D.O Gua Musang.

Perlantikan Baru telah dilaksanakan dan berikut adalah senarai lantikan baru yang memegang amanah PRAGA ;

Presiden

N M RAMZI BIN NIK MAN
01429564-000SU/122007



Timbalan Presiden

NIK AKMAL HISHAM BIN NIK MOHD YUSOFF
01441422-000SU/122008



Naib Presiden

9W2AGM
CHE AMERI BIN OMAR
01429450-000SU/122007



Ahli Jawatankuasa


ABDUL MANAF BN YAACOB
01482024-000SU/122008


ADENAN BIN YASIN
01441397-000SU/122008


MOHAMAD ASRI BIN HASBULLAH
01482810-000SU/122008



Pemegang Amanah


MOHD KAIRULNIZAM BIN JUHARI
01429562-000SU/122007


MOHAMED BIN AWANG
01482811-000SU/122008



Pemeriksa Kira-Kira


MOHD ZUKI BIN MUHD ZAIN
01526176-000SU/122009


ISKANDAR BAKRI BIN MAMAT
01558402-000SU/122010

Tahniah atas perlantikan rakan-rakan.

73.

9W2TNY

Monday, March 22, 2010

Semakan Pemohonan Menduduki Peperiksaan Radio Amatur Siri Pertama Tahun 2010 (RAE2010-1)



Makluman kepada rakan-rakan yang memohon untuk menduduki RAE 2010-1.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sukacita memaklumkan bahawa keputusan bagi permohonan untuk menduduki peperiksaan Radio Amatur Siri Pertama Tahun 2010 (RAE2010-1) kini boleh menyemak status permohonan mereka secara atas talian (on-line).

Klik pautan di bawah ini;

http://rae.skmm.gov.my/semak.asp

Sunday, March 14, 2010

Repeater Dabong (D.A.R.A)

Harap maklum pada semua rakan-rakan, repeater Dabong ( percubaan) telah di alihkan dari Bukit To'hu ke Bukit Dabong atas masalah teknikal. Frekuensi tetap sama seperti yang tertera.

Saturday, March 6, 2010

Tahniah ! Tahniah ! Tahniah !

Tahniah buat rakan-rakan atas kejayaan menaikkan repeater di 'Bukit Tok Hu ' berhampiran Bukit Abu, Dabong. Ketinggian repeater kini berada 450m dari paras laut .

Rakan- rakan yang terlibat menaikkan repeater Dabong (percubaan) adalah 9W2 NMR , MLO , MJM , SST , YUB , KJP , BTG dan TNY .




Kecerian terpancar walaupun agak keletihan memandangkan repeater Dabong ( D.A.R.A) dapat dicapai sehingga kekawasan Jerteh , Trengganu selain dari kawasan -kawasan di negeri Kelantan seperti Gua Musang , Kuala Krai , Jeli dan Kota Bahru . Walaubagaimanapun , repeater ini masih di peringkat percubaan memandangkan masih banyak lagi yang perlu di baikpulih dan di 'upgrade'kan .

Tahniah dan terimakasih buat semua rakan-rakan yang berusaha menjayakan 'projek' kali ini.

Tuesday, March 2, 2010

" Sayap" Baru



Tahniah buat rakan-rakan yang telah lulus dan memperolehi AA atau "sayap" masing-masing.

Rakan-rakan yang telah mendapatkan "sayap" masing ialah ;

Rakan Dabong






Rakan Gua Musang




Tahniah buat semua.

" Terbanglah setinggi mana yang anda mahu
tapi ingat
janganlah sesekali lupa dimana sarangmu "

Wednesday, February 24, 2010

AL-FATIHAH BUAT ARWAH 9W2YEY (Silent Key)

Satu khabar sedih menyelubungi warga radio amatur Pantai Timur khususnya Warga PRAGA Gua Musang bahawa Sdr. Nazari bin Che Daud (9W2YEY) telah kembali keRahmatullah pagi ini (24 Februari 2010) jam 7.05 pagi di Hospital Kuala Krai. Satu kehilangan yang amat dirasai oleh warga PRAGA.

Beliau diberitakan tidak sedarkan diri pagi kelmarin (23/2/2010) lebih kurang jam 10.15 pagi dan dimasukkan ke hospital Wad ICU Gua Musang. Memandangkan keadaan beliau yang tidak stabil akhirnya beliau dipindahkan ke Hospital Kuala Krai pada sebelah petangnya. Pada malam harinya, arwah dilapurkan sedar dan sempat berbual dengan XYLnya namun ALLAH lebih menyayangi beliau.Beliau pergi meninggalkan keluarga dan rakan-rakan pagi tadi.


Arwah sedang berucap dalam satu sessi anjuran Kelab PRAGA

..... AL-FATIHAH......
"Semoga rohnya di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin"

Wednesday, February 10, 2010

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN RAE2009-2 DAH KELUAR

Kepada rakan-rakan yang telah mengambil RAE pada 16-12-09 , boleh lah mendapatkan keputusan nya disini




Tahniah kepada yang berjaya dan cuba lagi pada yang kurang bernasib baik.

9W2TNY
QRT. 73.
Kunjung Mengunjung Amalan Mulia...Sila Klik untuk Menjenguk Rakan-Rakan HAM Anda

Solar Data/Propagation