Saturday, July 10, 2010

Rakan D.A.R.A bersama Rakan PRAGA membaikpulih repeater Bukit Serai, Gua Musang


Bukit Serai

Pada 9 Julai 2010 , rakan D.A.R.A terdiri daripada 9W2TNY bersama SWLPSB bersama rakan D.A.R.A 9W2KTW ( Abe Man) dan SWLSST ( Pak Syed) telah sama-sama mendaki Bukit Serai ( atau dikenali sebagai Bukit Tok Nar) di Gua Musang bagi membaikpulih repeater local Astra di Gua Musang.













Setelah hampir 6 jam dipuncak Bukit Serai , akhirnya repeater berjaya dipulihkan sepenuhnya dan rakan-rakan akhirnya dapat memancar di Repeater Local Gua Musang sekali lagi. Selain itu repeater ini juga akan dilinkkan dengan repeater Bukit Setia bagi membolehkan komunikasi dan keakraban rakan D.A.R.A dan PRAGA dapat dieratkan lagi dan dimesrakan lagi.


Tahniah buat semua rakan-rakan D.A.R.A dan PRAGA yang menjayakan projek kali ini termasuklah yang sudi membuat aduio check antaranya 9W2MLO , 9W2SOF , 9W2EIS , 9W2GAI dan yang lain-lain.

Jumpa lagi . 73

No comments:

Post a Comment

Kunjung Mengunjung Amalan Mulia...Sila Klik untuk Menjenguk Rakan-Rakan HAM Anda

Solar Data/Propagation