Tuesday, July 6, 2010

Sepanjang RAE 2010-2 Wilayah Timur di UMT , Trengganu

Seawal jam 7.00 pagi, rakan-rakan D.A.R.A bermobil dari lokalan Bukit Abu dan Kuala Gris. Rakan-rakan D.A.R.A bermobil dengan 2 jallopy bersama 10 station iaitu 7 station besar dan 3 station kecik...




Sampai di Chiku 3 , Gua Musang , rakan-rakan D.A.R.A bergabung bersama rakan-rakan PRAGA Gua Musang untuk bermobil ke Trengganu. Kira-kira jam 9.30 , konvoi mula bergerak ke tempat peperiksaan RAE 2010-2 wilayah Timur .


Sampai di persimpangan Aring , rakan-rakan berhenti seketika untuk memastikan semua jallopy berkumpul dan berkonvoi sama-sama. Kali ini konvoi di ketuai presiden PRAGA iaitu 9W2NMR , Pak Nik .


Dari kanan : SWL IJI, SJO , 9W2KJP , 9W2PNS , 9W2ONI ,
SWL EBA , 9W2TNY , SWL PSB dan SWL CDH


Konvoi sampai di Trengganu kira-kira jam 12.00 tengahari dan berehat seketika untuk makan tengahari . Konvoi menyambung perjalanan selepas itu dan sampai di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Gong Badak kira-kira jam 1.30 petang .




Selepas RAE 2010-2 , rakan-rakan D.A.R.A bermobil secara berasingan dengan rakan PRAGA memandangkan ada rakan yang ingin singgah di Machang buat seketika . Satu fenomena menarik berlaku didepan mata rakan-rakan semasa perjalanan...lihatlatlah ... indahnya mentari senja di Trengganu.....


Jumpa lagi....
Semoga berjaya pada semua rakan-rakan yang mengambil RAE pada kali ini. 73

No comments:

Post a Comment

Kunjung Mengunjung Amalan Mulia...Sila Klik untuk Menjenguk Rakan-Rakan HAM Anda

Solar Data/Propagation