Sunday, November 15, 2009

Eyeball dengan rakan-rakan PARTS

Awal pagi 'eyebal' dengan rakan-rakan Taiping, tengah hari pulak 'teman' eyeball ngan rakan-rakan PARTS. Tu la...kata orang kalau setakat mesra di udara kalau tak mesra di daratan, macam makan nasi tak berlauk......kenyang tetap kenyang tapi tak puas...nak telan pun susah.

Jadi pada 15-11-2009 , QTR 1130 saya pun ber mobile ke Wakaf PARTS di 562 , Lorong Silibin, Ipoh.


Wakaf PARTS di Lorong Silibin

Sempatlah juga bersama rakan-rakan di daratan antaranya 9W2 HBC ( Anip) ,
9W2 AEK ( Asrul) , 9M2 ZAE ( Abg Zainal ) , 9W2 SLJ ( Lepas ni dah 9M2 ) Pak Lop ,
9W2 TOR ( Cikgu Nik ) , 9W2 SHB ( Abg Salim ) dan beberapa rakan lain termasuklah rakan-rakan SWL yang hadir untuk kelas RAE kendalian Pak Lop.



Antara rakan-rakan yang hadir di Wakaf PARTS , Bang Zainal , Pak Lop , Bang Salim ,
Bang Anip dan rakan-rakan lain ( Maafle ye tak QSL le plak )






Mobile shop milik 9W2OCD di Wakaf PARTS



Rakan-rakan menguji skill menembak di Wakaf PARTS
(AMARAN : Jangan lakukan di rumah anda tanpa pengawasan orang yang bertauliah)
(Nota: Latihan menembak menggunakan senjata stimulasi )



Selepas habis kelas RAE di Wakaf PARTS , saya dan rakan-rakan ber'tango-tango' di Restoren Nasi Kandar....dah lapor, masa tu pun dah pukul 3.30 petang dah. Pukul 4.30 baru 'gerak' QRT dengan rakan-rakan dan saya bermobile ke tempat yang nak dituju di Ipoh.

Terima kasih buat semua rakan-rakan PARTS yang hadir dan ber'eyeball'.....QRT 73 clear

No comments:

Post a Comment

Kunjung Mengunjung Amalan Mulia...Sila Klik untuk Menjenguk Rakan-Rakan HAM Anda

Solar Data/Propagation