Monday, June 21, 2010

Alahai Payungku................nak dibuang sayang....

Apa agaknya yang boleh dibuat dengan sekaki payung?

Nak dibuang sayang pula rasanya...so fikir punya fikir...timbul satu idea...buat antenna je la..

Aku pun mula projek Antena Payung.....
Mula-mula sekali aku buang kain payung tu...lepas tu ambil kabel Astro lama...pasang kat payung tu...check VSWR dia...wah menakjubkan ... cuma naik 1.1 je dengan 25W dengan 5W...lansung tak naik...cantikkk....

So, apa lagi projekpun diteruskan...





Sekaki payung.......nak buat apa ye?


Batang Payung tu , aku solder wayar Tx.....macam ni....



Ni ler rupanyer bila batang payung disolder....


Manakala jari-jari payung tu digunakan sebagai Rx.....so aku solder ler salah satu jari dia .... memadangkan jari-jari payung ni memang dah ada contact antara satu sama lain (tapi tidak dengan batang payung...so jadi macam ni.......


Jari payung yang disolder sebagai Rx...

So bila dah siap , aku balut dengan wiring tape .....macamnilah rupanyer.......


Bila aku dah siap aku pun pasang untuk audio check...so tak sangka rakanku terima 5/9....
best juga...bila buat homebrew ni....

Aku namakan antena ni sebagai Antena Payung Si DARA 5/9....


Pada rakan-rakan , tak semestinya apa yang kita tak mahu tu tak berguna.... kadang-kadang ia dapat menghasilkan sesuatu yang diluar jangkaan kita....
selamatkan alam sekitar.....dan yang pasti Romeo Mike kita pun selamat.....


Selamat mencuba

9W2TNY.....73

p.s : Jangan curi payung orang sudah ler.......he he

2 comments:

  1. Alahai saya baru saja buang sekaki payung yang dah rosak. Ini macam kena cuba Tini

    ReplyDelete
  2. Tu la Pak Khalid... sayang kalau buang payung tu... kalau tak boleh buat antenna.... simple dan murah.....

    ReplyDelete

Kunjung Mengunjung Amalan Mulia...Sila Klik untuk Menjenguk Rakan-Rakan HAM Anda

Solar Data/Propagation