Sunday, July 25, 2010

RAE 2010-3 dan CW 2010-2

Ada sapa-sapa yang berani ambik CW .... klik bawah

Rakan-rakan SWL yang nak ambik RAE 2010-3 boleh klik kat bawah juga ni...
Bagi rakan-rakan 9W2 yang nak ambil CW 2010-2 juga boleh clik dibawah ni

Saturday, July 10, 2010

Rakan D.A.R.A bersama Rakan PRAGA membaikpulih repeater Bukit Serai, Gua Musang


Bukit Serai

Pada 9 Julai 2010 , rakan D.A.R.A terdiri daripada 9W2TNY bersama SWLPSB bersama rakan D.A.R.A 9W2KTW ( Abe Man) dan SWLSST ( Pak Syed) telah sama-sama mendaki Bukit Serai ( atau dikenali sebagai Bukit Tok Nar) di Gua Musang bagi membaikpulih repeater local Astra di Gua Musang.

Tuesday, July 6, 2010

Sepanjang RAE 2010-2 Wilayah Timur di UMT , Trengganu

Seawal jam 7.00 pagi, rakan-rakan D.A.R.A bermobil dari lokalan Bukit Abu dan Kuala Gris. Rakan-rakan D.A.R.A bermobil dengan 2 jallopy bersama 10 station iaitu 7 station besar dan 3 station kecik...


Tuesday, June 29, 2010

Selamat Menduduki RAE 2010-2 pada semua Rakan Ham

Majlis Tertinggi dan seluruh warga D.A.R.A Mengucapkan




Sunday, June 27, 2010

Repeater baru D.A.R.A

Baru-baru ni Skuad elite D.A.R.A telah menaikkan repeater baru di Bukit Setia bg menggantikan repeater di Dabong yang sering mengalami kerosakkan. AlhamduliLLAH , repeater ni berfungsi dengan baik dan dapat mencapai sehingga ke Gua Musang , Kota Bahru malahan di Besut walau hanya memancar dengan antena mobil.

Monday, June 21, 2010

Alahai Payungku................nak dibuang sayang....

Apa agaknya yang boleh dibuat dengan sekaki payung?

Nak dibuang sayang pula rasanya...so fikir punya fikir...timbul satu idea...buat antenna je la..

Aku pun mula projek Antena Payung.....
Mula-mula sekali aku buang kain payung tu...lepas tu ambil kabel Astro lama...pasang kat payung tu...check VSWR dia...wah menakjubkan ... cuma naik 1.1 je dengan 25W dengan 5W...lansung tak naik...cantikkk....

So, apa lagi projekpun diteruskan...

Thursday, June 10, 2010

Pemberitahuan : Semakan Pemohonan Menduduki Peperiksaan Radio Amatur Siri Kedua Tahun 2010 (RAE2010-2)



Makluman kepada rakan-rakan yang memohon untuk menduduki RAE 2010-2.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sukacita memaklumkan bahawa calon-calon peperiksaan Radio Amatur Siri Kedua Tahun 2010 (RAE2010-2) yang akan berlangsung di seluruh negara pada 2:00 Petang, 30 Jun 2010, kini boleh menyemak status permohonan mereka secara atas talian (on-line).

Untuk melakukan penyemakan sila kunjungi:

http://rae.skmm.gov.my/rae_semak_2010_2.asp

atau clik pada gambar di atas.

Wednesday, June 9, 2010

KELAS RAE UNTUK RAKAN D.A.R.A

Satu kelas RAE bagi rakan-rakan D.A.R.A akan diadakan pada ;

Hari : Jumaat malam Sabtu
Tarikh : 11 Jun 2010
Masa : 9.00 malam
Tempat : Dewan GDW ,Kuala Gris , Dabong , Kelantan

Rakan-rakan dijemput hadir...

Thursday, June 3, 2010

KUNJUNGAN BALAS RAKAN PRAGA KE TRENGGANU




Pada 28 dan 29 May 2010, Kelab PRAGA Gua Musang dan Kelab DARA , Dabong telah mengadakan satu kunjungan balas ke Trengganu bagi menziarahi rakan-rakan dari kelab PEMANCAR . Aktiviti disertai oleh rakan-rakan kelab PRAGA iaitu 9W2MLO, 9W2SGM, 9W2DCT, 9W2KTW, 9W2YGM, 9W2SOF dan SWLTZN serta keluarga masing-masing , manakala rakan-rakan kelab DARA pula terdiri daripada 9W2TNY bersama SWLCDH serta keluarga dan 9W2BTG. Berikut beberapa gambar yang sempat dirakamkan sebagai satu kenangan yang terindah....















Untuk mengetahui kisah dan cerita suka duka sepanjang konvoi ke Kuala Trengganu , sila lawati blog http://kelabpraga.blogspot.com/

Jumpa lagi.........

9W2TNY ... 73

Wednesday, June 2, 2010

KEMALANGAN MAUT DI KG SLOW PAK LONG , DABONG

Pada jam 06.15 pagi ,24 May 2010 , satu kemalangan maut melibatkan seorang penduduk di Kg Slow Pak Long telah berlaku. Mangsa di percayai sedang memproses talian kabel telefon yang baru dicuri berhampiran tempat kejadian. Malangnya ketika menjalankan aktiviti yang tidak bermoral bersama rakan-rakannya , mangsa dilanggar keretapi pagi yang membawa budak sekolah. Mangsa mati ditempat kejadian manakala rakan-rakan beliau menghilangkan diri. Berikut adalah beberapa gambar yang diambil dari tempat kejadian :








Semoga dengan kejadiaan ini dapat menjadi iktibar kepada si pencuri-pencuri kabel telefon.
Kunjung Mengunjung Amalan Mulia...Sila Klik untuk Menjenguk Rakan-Rakan HAM Anda

Solar Data/Propagation