Tahniah pada rakan-rakan yang lulus RAE 2010-3 pada 06 Oktober 2010 baru-baru ni. Yang kurang berjaya , jangan kecewa...teruskan perjuangan anda dalam memajukan Ham Radio di Malaysia.
SELURUH WARGA D.A.R.A MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA PADA SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH PELUSUK DUNIA TERUTAMA PADA SEMUA RAKAN-RAKAN RADIO AMATUR. SEMOGA RAMADHAN KALI INI LEBIH DIBERKATI DAN DIRAHMATI.
Durian...oh...durian...semua orang bercerita pasal durian....
Tanggal 23 Julai 2010 , bertempat di Gua Ikan , Dabong , Kelantan , rakan- rakan D.A.R.A buat pertama kalinya dalam sejarah telah mengajurkan Eyeball Pulut Durian . Majlis dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan dari Kuala Krai , Gua Musang , Kuala Lipis , Machang , Temerloh dan rakan -rakan di kawasan sekitar .
Tahniah pada rakan-rakan yang lulus RAE 2010-2 pada 30 Jun 2010 baru-baru ni. Yang kurang berjaya , jangan kecewa...teruskan perjuangan anda dalam memajukan Ham Radio di Malaysia.
Pada 9 Julai 2010 , rakan D.A.R.A terdiri daripada 9W2TNY bersama SWLPSB bersama rakan D.A.R.A 9W2KTW ( Abe Man) dan SWLSST ( Pak Syed) telah sama-sama mendaki Bukit Serai ( atau dikenali sebagai Bukit Tok Nar) di Gua Musang bagi membaikpulih repeater local Astra di Gua Musang.
Seawal jam 7.00 pagi, rakan-rakan D.A.R.A bermobil dari lokalan Bukit Abu dan Kuala Gris. Rakan-rakan D.A.R.A bermobil dengan 2 jallopy bersama 10 station iaitu 7 station besar dan 3 station kecik...
Baru-baru ni Skuad elite D.A.R.A telah menaikkan repeater baru di Bukit Setia bg menggantikan repeater di Dabong yang sering mengalami kerosakkan. AlhamduliLLAH , repeater ni berfungsi dengan baik dan dapat mencapai sehingga ke Gua Musang , Kota Bahru malahan di Besut walau hanya memancar dengan antena mobil.
Apa agaknya yang boleh dibuat dengan sekaki payung?
Nak dibuang sayang pula rasanya...so fikir punya fikir...timbul satu idea...buat antenna je la..
Aku pun mula projek Antena Payung..... Mula-mula sekali aku buang kain payung tu...lepas tu ambil kabel Astro lama...pasang kat payung tu...check VSWR dia...wah menakjubkan ... cuma naik 1.1 je dengan 25W dengan 5W...lansung tak naik...cantikkk....
Makluman kepada rakan-rakan yang memohon untuk menduduki RAE 2010-2.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sukacita memaklumkan bahawa calon-calon peperiksaan Radio Amatur Siri Kedua Tahun 2010 (RAE2010-2) yang akan berlangsung di seluruh negara pada 2:00 Petang, 30 Jun 2010, kini boleh menyemak status permohonan mereka secara atas talian (on-line).
Pada 28 dan 29 May 2010, Kelab PRAGA Gua Musang dan Kelab DARA , Dabong telah mengadakan satu kunjungan balas ke Trengganu bagi menziarahi rakan-rakan dari kelab PEMANCAR . Aktiviti disertai oleh rakan-rakan kelab PRAGA iaitu 9W2MLO, 9W2SGM, 9W2DCT, 9W2KTW, 9W2YGM, 9W2SOF dan SWLTZN serta keluarga masing-masing , manakala rakan-rakan kelab DARA pula terdiri daripada 9W2TNY bersama SWLCDH serta keluarga dan 9W2BTG. Berikut beberapa gambar yang sempat dirakamkan sebagai satu kenangan yang terindah....
Untuk mengetahui kisah dan cerita suka duka sepanjang konvoi ke Kuala Trengganu , sila lawati blog http://kelabpraga.blogspot.com/
Pada jam 06.15 pagi ,24 May 2010 , satu kemalangan maut melibatkan seorang penduduk di Kg Slow Pak Long telah berlaku. Mangsa di percayai sedang memproses talian kabel telefon yang baru dicuri berhampiran tempat kejadian. Malangnya ketika menjalankan aktiviti yang tidak bermoral bersama rakan-rakannya , mangsa dilanggar keretapi pagi yang membawa budak sekolah. Mangsa mati ditempat kejadian manakala rakan-rakan beliau menghilangkan diri. Berikut adalah beberapa gambar yang diambil dari tempat kejadian :
Semoga dengan kejadiaan ini dapat menjadi iktibar kepada si pencuri-pencuri kabel telefon.
Makluman kepada semua rakan-rakan PRAGA.... Satu kunjungan balas ke Kuala Trengganu akan diadakan pada 28 dan 29 Mei 2010 . Mana-mana rakan yang berminat untuk bersama boleh mendapatkan borang di sini
Peperiksaan Radio Amatur Siri Kedua Tahun 2010 (RAE2010-2) kembali lagi. Kepada mana-mana rakan yang ingin mengambil peperiksaan , sila pastikan anda menghantar permohonan sebelum 14 Mei 2010 jam 5.00 petang . Tarikh peperiksaan adalah pada 30 Jun 2010 Jam 2.00 petang. Peperiksaan akan diadakan di kesemua wilayah seperti mana iklan di laman berikut :